Telefilem Doa Untuk Dia Temui Penonton Di TV1 Pada Sabtu Ini

Telefilem Doa Untuk Dia Temui Penonton Di TV1 Pada Sabtu Ini

Bagi anda yang tidak mempunyai urusan pada hujung minggu ini, jangan lupa saksikan telefilem terbaru terbitan RTM menerusi 'Doa Untuk Dia'.

Telefilem ini akan menemui penonton pada 25 November 2023, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di RTM Klik.

Naskah ini merupakan arahan Riza Baharudin, penulisan skrip daripada Azlina Din dan diterbitkan oleh syarikat produksi Mazlin Pictures Sdn. Bhd.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Telefilem

Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 25 November 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Azlina Din
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Mazlin Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Doa Untuk Dia TV1

Barisan Pelakon & Watak

Berikut antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Doa Untuk Dia seperti Oktovia Manrose, Izzy Reef, Siti Aishah Atan, Edika Yusof, Hazman Al Idrus, Hafreez Adam dan ramai lagi.

  • Oktovia Manrose sebagai Tasha
  • Izzy Reef sebagai Ihsan
  • Siti Aishah Atan sebagai Wani
  • Hafreez Adam sebagai Hat
  • Ameerul Asyraf sebagai Jimmy
  • Edika Yusof sebagai Isa

Sinopsis Telefilem Doa Untuk Dia

Telefilem Doa Untuk Dia mengisahkan tentang seorang gadis bernama Tasha yang juga anak yatim tetapi telah berjaya dalam kehidupan dengan membuka sebuah syarikat yang dinamakan Prihatin TV.

Tujuanya Tasha berbuat demkian adalah untuk membantu orang yang susah dengan memaparkan kisah mereka di TV.

Cerita bermula apabila Tasha berjumpa satu keluarga miskin yang tidak berupaya untuk menyara kehidupan kerana ayahnya lumpuh dan ibunya tidak kuat. Hanya bergantung kepada anak sulungnya, Ihsan.

Telefilem Doa Untuk Dia TV1

Post a Comment

0 Comments