Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih Di TV9

Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem romantik komedi Dari Kekasih Kepada Kekasih pada 24 November 2023, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan online Tonton.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2022 ini merupakan arahan Jamal Khan, idea asal daripada Zafran Aziz dan diterbitkan oleh syarikat produksi Primeworks Studio.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Telefilem

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 24 November 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Idea Asal : Zafran Aziz
Penulis Skrip : Panel Skrip PWS
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Primeworks Studios Sdn. Bhd.

Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih Di TV9

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Dato' Hattan, Sharifah Shahira, Syamim Razi, Aman Graseka, Joey Daud, Izwan Ansor, Ropie, Ahmad Tarmizi dan ramai lagi.

  • Dato' Hattan sebagai Hattan
  • Sharifah Shahira sebagai Ira
  • Syamim Razi sebagai Amir
  • Aman Graseka sebagai Zaidi
  • Joey Daud sebagai Joey
  • Izwan Ansor sebagai Bobby
  • Ropie sebagai Budin

Sinopsis Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih

Telefilem Dari Kekasih Kepada Kekasih mengisahkan tentang seorang pemandu lori iaitu Hattan berhijrah dari kampung Kuala Pilah ke Kuala Lumpur kerana bercita-cita menjadi seorang penyanyi rock, meninggalkan kekasihnya, Ira.

Abang tiri Hattan iaitu Zaidi yang pemalas dan kaki judi telah mensabotaj Hattan sehingga mengakibatkan perhubungan Hattan dan Ira terputus. Ira juga difitnah oleh Zaidi dan orang kampung lain.

Post a Comment

0 Comments