Telefilem Awak Kat Mana? Di Skrin Di 9 (TV9)

Telefilem Awak Kat Mana? Di Skrin Di 9 (TV9)

Jangan lupa saksikan telefilem Awak Kat Mana? yang akan menemui penonton semula pada 3 November 2023, bersiaran pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam di slot Skrin Di 9 di TV9 atau secara online di Tonton.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2017 ini merupakan arahan Din Glamour, penulisan skrip daripada MF Kenchana dan diterbitkan oleh syarikat Mache AllStar United Sdn. Bhd.

Table of Contents

Telemovie Awak Kat Mana?

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 3 November 2023 (Jumaat)
Waktu : 8.30 Malam
Idea Asal : Erma Erima
Penulis Skrip : MF Kenchana
Pengarah : Din Glamour
Produksi : Mache AllStar United Sdn. Bhd.

Telefilem Awak Kat Mana? Di Skrin Di 9 (TV9)

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Awak Kat Mana? iaitu Raja Afiq, Chacha Maembong, Bell Ngasri, Sazrin Aizul, Annie Arifin, Jaja Ileyas, Mat Over dan Delimawati

Mereka dibantu oleh pelakon lain seperti Mubarak Majid, Mak Jah, Din Glamour, Yie Arjuna Sukma, Muhammad Azeem, Zura, Ashikin dan ramai lagi

  • Raja Afiq sebagai Farid
  • Chacha Maembong sebagai Fazira
  • Bell Ngasri sebagai Azman
  • Sazrin Aizul sebagai Zamri
  • Annie Arifin sebagai Fathia
  • Jaja Ileyas sebagai Liya
  • Mat Over sebagai En. Salleh
  • Delimawati sebagai Pn. Faridah

Sinopsis Telefilem Awak Kat Mana?

Telefilem Awak Kat Mana? mengisahkan tentang Farid yang asyik memikirkan dan mencari seorang gadis cantik bernama Fazira.

Pada awalnya, Farid hadir ke majlis makan malam Azman dan Liya. Farid ternampak Fazira di majlis tersebut. Fazira sebenarnya hanya mengikut kakaknya, Fathia yang juga merupakan kawan kepada Liya.

Farid tidak sempat untuk berkenalan dengan Fazira kerana mereka telah pulang awal. Sejak itu, Farid asyik memikirkan tentang Fazira dan pelbagai cara dilakukan untuk bertemu dengan Fazira.

Adakah dia Berjaya bertemu dengan gadis pujaannya itu?

Post a Comment

0 Comments