Projek Bapak Bapak Musim 2 Kini Ke Australia

Projek Bapak Bapak Musim 2 Kini Ke Australia

Projek Bapak Bapak Musim 2 Kini Ke Australia

Program travel lawak yang dinanti-nantikan kini kembali menerusi musim kedua untuk program Projek Bapak Bapak dan kali ini mereka akan bercuti ke Australia pula.

Untuk musim pertama, Projek Bapak Bapak ini telah disiarkan pada bulan Jun 2023 yang lalu dan ketika itu mereka bercuti di Jepun termasuk Osaka dan Tokyo.

Kali ini empat sekawan, Roy Azman, Dato Ramli MS, Dato Jalaluddin Hassan dan Jatt Ali akan travel bersama-sama di bumi Kangaroo terutamanya di Sydney dan Malborne.

Projek Bapak Bapak Musim 2 Kini Ke Australia

Pada awalnya, tak boleh bayangkan macam mana keempat-empat kawan ini bercuti dan melakukan aktiviti bersama-sama sedangkan mereka kini meningkat usia.

Tetapi tidak disangka, telatah lucu mereka nampaknya menarik lebih ramai penonton terutamanya daripada si kaki lawak Roy Azman.

Disebabkan itulah, Astro berbesar hati dan kembali untuk musim kedua menerusi Projek Bapak Bapak 2 ke Australia dan pastinya lebih happening kali ini.

Kalau tengok video perkongsian Astro, Tok Ram, Tok Jalal, Roy dan Jatt akan melakukan aktiviti menarik sepanjang berada di sana. Banyak cabaran kali ni nampaknya.

Kita boleh lihat, mereka ada lakukan scuba diving dalam akuarium, menunggang scooter di tengah bandar Sydney, sea surfing, siap panjat puncak Sydney Harbout Bridge dan macam-macam lagi.

Admin pun antara penonton setia Projek Bapak Bapak musim pertama sebelum ini dan pastinya tidak sabar-sabar untuk nantikan musim kedua ini pula.

Jadi untuk anda jangan lupa saksikan Projek Bapak Bapak 2 mulai 2 November 2023, setiap hari Khamis, pukul 9.00 malam di Astro Warna (saluran 107) dan online Astro Go.

Untuk bukan pengguna Astro, anda boleh striming menerusi platform Sooka sama ada di laman web atau aplikasi mobile. Hanya perlu langgan serendah RM15.90 sebulan.

Post a Comment

0 Comments