Filem Aksi Terbaru, War On Terror KL Anarki Temui Di Pawagam Mulai 23 November Ini

Filem Aksi Terbaru, War On Terror KL Anarki Temui Di Pawagam Mulai 23 November Ini

Penonton bakal disajikan dengan sebuah filem yang padat dengan aksi dan debaran dari awal hingga akhir iaitu menerusi filem War On Terror: KL Anarki.

Filem arahan bersama Kroll Azry dan Frank See ini bakal menemui penonton bermula Khamis, 23 November 2023 yang ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Selain daripada aksi yang hebat, filem ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon ternama seperti Aedy Ashraf, Farali Khan, Adlin Aman Ramlie, Daiyan Trisha dan ramai lagi.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Filem

Tayangan : Pawagam
Tarikh : Mulai 23 November 2023
Penulis Skrip : Frank See, Nazri M. Annuar, Kroll Azry
Pengarah : Kroll Azry dan Frank See
Produksi : Multimedia Entertainment, GSC, Astro dan Six Fun Media

War On Terror KL Anarki Temui Di Pawagam Mulai 23 November Ini

Pelakon & Watak

Selain nama-nama pelakon tersebut, terdapat juga penglibatan daripada Qi Razali, Noki K-Clique, Naque Ariffin, Kaboe Hon, Sasidaran Subramaniam, Samarinna Tolhip, Daniel Gan, Laura Olivia, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

  • Aedy Ashraf sebagai Khalid
  • Farali Khan sebagai Anis
  • Adlin Aman Ramlee sebagai Tuan Rahman
  • Qi Razali sebagai Lang
  • Daiyan Trisha sebagai Maria
  • Noki K-Clique sebagai Zac
  • Kahoe Hon sebagai Bob
  • Naque Ariffin sebagai Joe

Sinopsis Filem War On Terror KL Anarki

Filem War On Terror: KL Anarki mengisahkan tentang sekumpulan pengganas yang diketuai oleh Lang telah meletupkan sebuah stesen keretapi di Pantai Timur.

Pasukan khas polis E8 diketuai oleh Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Rahman dan anggotanya Khalid, Anis, Zack dan Bob diarahkan untuk menyiasat.

Hasil siasatan mereka telah membongkar kemungkinan akan ada lagi serangan pengganas di Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat risikan, mereka telah menyerbu kumpulan pengganas tersebut dan telah berjaya memberkas Lang namun adiknya Joe telah berjaya meloloskan diri.

Keadaan menjadi rumit apabila Joe mengugut untuk meletupkan bandar Kuala Lumpur sekiranya abangnya Lang tidak dibebaskan.

Kini pihak polis perlu berlumba dengan masa kerana ancaman pengganas ini boleh mengorbankan banyak nyawa di Kuala Lumpur.

Trailer

Post a Comment

0 Comments