Filem Sayu Yang Syukur - Sinopsis Dan Tayangan Pada 28 Disember Ini

Filem Sayu Yang Syukur - Sinopsis Dan Tayangan Pada 28 Disember Ini

Filem Sayu Yang Syukur yang sarat dengan permainan emosi ini akan temui penonton pada 28 Disember 2023 yang akan datang di pawagam seluruh Malaysia.

Ini merupakan filem kedua arahan Dato Aaron Aziz apabila kali pertama berkecimpung dalam dunia pengarahan menerusi filem 'Romeo Kota'.

Selain daripada tuan pengarah sendiri, terdapat juga Arja Lee dan Nora Danish antara teraju utama dalam filem ini disamping pelakon-pelakon lain.

Info Penuh

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 28 Disember 2023
Penulis Skrip : Panel Nusanbakti
Pengarah : Dato' Aaron Aziz
Produksi : Nusanbakti Production

Filem Sayu Yang Syukur

Barisan Pelakon & Watak

Antara nama lain yang terlibat dalam filem ini seperti AR Badul, Dato' Tamimi Siregar, Raja Emma, Kismah Johar, Mohd Khafairie, Nabilah Maisyrah dan ramai lagi.

  • Dato' Aaron Aziz sebagai Qudaim
  • Nora Danish sebagai Liana
  • Arja Lee sebagai Jefri

Sinopsis Filem Sayu Yang Syukur

Filem Sayu Yang Syukur mengisahkan tentang seorang gadis bernama Liana yang mengalami satu kejadian tragis yang merubah hidupnya.

Tidak setakat itu, cintanya ditagih oleh dua lelaki yang bercirikan pecinta dan pendosa dengan harapan pintu hatinya akan terbuka.

Mampukah hati Liana terbuka untuk menerima cinta, dan apakah kesudahan konflik yang akan berlaku di antara mereka?

Filem Sayu Yang Syukur

Post a Comment

0 Comments