Filem The Lord Musang King. Terbitan Malaysia, Menampilkan Pengarah Dan Pelakon Korea

Filem The Lord Musang King. Terbitan Malaysia, Menampilkan Pengarah Dan Pelakon Korea

Nak tengok macam mana campuran budaya Malaysia dan Korea dalam sebuah filem, anda kena tonton filem terbaru yang akan ditayangkan di pawagam menerusi The Lord: Musang King.

Filem ini akan menemui penonton bermula 21 Disember 2023 di pawagam seluruh Malaysia. Ianya terbitan produksi tempatan, Hundred Years Popcorn Production tetapi diarahkan oleh pengarah Korea, Lee Moon Ho.

Selain daripada pengarah daripada negara K-Pop tersebut, dikatakan filem yang menelan belanja RM2.5 juta ini juga menampilkan pelakon Korea iaitu Kim Bo Yeon dan Kwak Dong Hyuk.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Filem

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 21 Disember 2023
Penulis Skrip : Shi Zhong Yuan
Pengarah : Lee Moon Ho
Produksi : Hundred Years Popcorn Production Sdn. Bhd.

Filem The Lord Musang King

Barisan Pelakon & Watak

Berikut antara pelakon Malaysia sebagai teraju utama dalam filem ini seperti Yusuf Bahrin, Eddie Chow, Fimie Don, Harissa Adlynn, Hafidzuddin Fazil, Azri Sabri, Jay Iswazir dan ramai lagi.

  • Yusuf Bahrin sebagai Haikal
  • Eddie Chow sebagai Cheon Jin
  • Azri Sabri sebagai Faruk
  • Harissa sebagai Natasya
  • Kim Bo Yeon sebagai Jianna
  • Kwak Dong Hyuk sebagai Yeong Cheol
  • Hafidzuddin Fazil sebagai Samad
  • Fimie Don sebagai Fiezol

Sinopsis Filem The Lord Musang King

Filem The Lord Musang King mengangkat kisah Haikal iaitu seorang anak pekebun durian yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan.

Demi menyelamatkan Haikal, bapanya iaitu Samad membuat perjanjian dengan syarikat perdagangan antarabangsa untuk membebaskan anaknya.

Namun, Samad dibunuh 'taikun' Korea Selatan ketika cuba membebaskan anaknya. Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya.

Filem The Lord Musang King

Post a Comment

0 Comments