Drama Mystic Village Ditayangkan Di Astro Premier 410

Drama Mystic Village Ditayangkan Di Astro Premier 410

Jika anda ingin menonton sebuah drama yang mengisahkan tentang kisah misteri yang pelbagai setiap episod yang berlaku di suatu tempat, anda boleh tonton Mystic Village.

Drama siri 10 episod ini mula menemui penonton pada 30 Oktober 2023, setiap hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Premier (CH410) atau secara online di Astro Go.

Naskah ini merupakan arahan Faizul Jais, penulisan skrip bersama daripada Honey Ahmad dan Bernice Low dan diterbitkan oleh syarikat produksi Parallax Pictures dan Astro Shaw.

{tocify} $title={Table of Contents}

Info Drama

Episod : 10
Tayangan : Astro Premier 410
Tarikh : Mulai 30 Oktober 2023 (Setiap Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Honey Ahmad dan Bernice Low
Pengarah : Faizul Jais
Produksi : Parallax Pictures dan Astro Shaw

Drama Mystic Village Ditayangkan Di Astro Premier 410

Barisan Pelakon & Watak

Antara artis yang terlibat sebagai pelakon dalam Mystic Village ialah Gambit Saifullah, Kamal Adli, Yuna Rahim, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Neera Azizi, Anas Ridzuan, Mubarak Majid dan ramai lagi.

  • Gambit Saifullah sebagai Yunus Ismail
  • Kamal Adli sebagai Zakaria
  • Yuna Rahim sebagai Zuleikha
  • Hafidzuddin Fazil sebagai Ismail
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Syawal
  • Anas Ridzuan sebagai Abang Long
  • Neera Azizi sebagai Mona
  • Mubarak Majid sebagai Pak Saad

Sinopsis Drama Mystic Village

Drama siri Mystic Village mengisahkan tentang Yunus, seorang penyiasat insurans yang menjadi ustaz selebriti apabila dia memenangi naib juara siri realiti Imam Bistari.

Setelah dikecam netizen dan dia pulang ke kampung, mindanya yang sentiasa ingin tahu tidak boleh duduk diam.

Tengok-tengok penghulu dan orang kaya kampung, Pak Saad dijumpai mati dihempap khemah qurban. Maka kecohlah sekampung dengan teori yang Hantu Raya telah makan Tuannya dimana penyebab kematian Pak Saad.

Yunus yang yakin ini semua spekulasi karut terjebak dalam menyiasat apa yang sebenarnya berlaku. Apabila dia mendedahkan kematian itu sebagai pembunuhan dan bukan kemalangan, Yunus mula mendapat reputasi sebagai selebriti yang boleh membongkarkan misteri.

Bukan sahaja seorang Imam-fluencer, tapi Imam P.I. (lagi satu gelaran yang Yunus tak tahu samada dia mahu atau tidak).

Sambil dia melayan krisis identitinya, Yunus juga perlu mencari cara untuk mesra kembali dengan ayahnya yang tidak memahami hidupnya.

Persahabatan baru dengan seorang pemilik gerai bermulut laser dan penghulu baru Kampung Sg. Gelik Kiri yang ingin menaikkan nama kampung dengan menggunakan selebritinya.

Penghulu baru ini bercita-cita tinggi dan juga ingin mencari jodoh untuk anak teruna arwah kawan baiknya.

Bolehkah Yunus membongkar misteri di sebalik semua kejadian-kejadian pelik di Kg. Sungai Gelik yang semakin lama makin berkait dengan 'pembunuhan' Pak Saad?

Drama Mystic Village Ditayangkan Di Astro Premier 410

Post a Comment

0 Comments