Adam Bukan Adam : Drama Terbaru Astro Ria

Adam Bukan Adam : Drama Terbaru Astro Ria

Kalau tengok trailer pun dah macam misteri yang mana menunjukkan bagaimana seorang budak boleh lakukan kerja-kerja orang dewasa yang nampak sangat mustahil.

Cerita ini akan dipaparkan menerusi drama terbaru keluaran Astro berjudul Adam Bukan Adam yang akan menemui penonton mulai 2 November 2023, setiap hari Khamis, pukul 11.00 malam di Astro Ria.

Drama 8 episod Original Gampak yang diarahkan oleh Wan Alauddin Wan Zainuddin terbitan KL Motion Pictures Company ini juga boleh tonton secara striming di Sooka.

Table of Contents

Drama Adam Bukan Adam

Episod : 8
Tayangan : Astro Ria 104
Tarikh : Mulai 2 November 2023 setiap Khamis
Waktu : 11.00 malam
Pengarah : Wan Alauddin Wan Zainuddin
Produksi : KL Motion Pictures Sdn. Bhd.

Drama Adam Bukan Adam Astro Ria

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi drama Adam Bukan Adam seperti Tiz Zaqyah, adik Dzul Hadziq, Aidit Noh dan Haidar Hasanudin.

Mereka dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Atikah Suhaime, Hafiz Halim, Rashidi Ishak, Ruminah Sidek, Farhana Fahizam dan ramai lagi.

  • Tiz Zaqyah sebagai Anita
  • Dzul Hadziq sebagai Adam
  • Aidit Noh sebagai Sohaimy
  • Haidar Hasanudin sebagai Raof
  • Atikah Suhaime sebagai Zurra
  • Hafiz Halim sebagai Kahar
  • Rashidi Ishak sebagai Inspektor Dani
  • Ruminah Sidek sebagai Mak Sohaimy
  • Farhana Fahizam sebagai Cikgu Aida

Sinopsis Drama Adam Bukan Adam

Drama Adam Bukan Adam mengisahkan tentang Adam yang telah meresahkan keadaan orang sekeliling apabila mampu melakukan aktiviti orang dewasa dengan mudah.

Pelbagai cara untuk ketahui apakah punca masalah tersebut sehinggalah mereka dapat tahu ada satu entiti individu bernama Sohaimy telah menumpang badan Adam tersebut.

Apakah misteri yang ingin disampaikan oleh Adam bersama entiti tersebut? Siapa pula Sohaimy ini sebenarnya?

Drama Adam Bukan Adam Astro Ria

Drama Adam Bukan Adam Astro Ria

Post a Comment

0 Comments