Telefilem Tulus Cinta Di TV3

Telefilem Tulus Cinta Di TV3


Pada yang meminati drama melayu tempatan, jangan lupa saksikan telefilem Tulus Cinta pada 7 Oktober 2023, hari Sabtu yang akan disiarkan di TV3 dan secara online di watch.tonton.com.my.

Naskah ini bukan terbaru yang ditayangkan di tv, tetapi pada asal ianya telah ditayangkan pada tahun 2018 dan kini akan menemui penonton sekali lagi di hujung minggu anda.

Sha's Media Sdn. Bhd. telah menebitkan telefilem Tulus Cinta ini dan ianya telah diarahkan oleh Ellie Suriaty Omar dengan nukilan skrip daripada Mohd Shahremu Ikmal.

Tulus Cinta

Tayangan Asal : 2018
Bersiaran : Cereka Pilihan di TV3
Tarikh : 7 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Penulis Skrip : Mohd Shahremy Ikmal
Pengarah : Ellie Suriaty Omar
Produksi : Sha's Media Sdn. Bhd.

Telefilem Tulus Cinta Di TV3

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara barisan teraju utama untuk telefilem Tulis Cinta ini ialah Siti Elizad Sharifuddin, Amar Asyraf dan Puteri Aishah.

Mereka dibantu oleh Shuhanty Hanafiah, Halim Radzi, Jay Iswazir, Anne Abdullah, Fazlina Ahmad Daud, Aman Graseka, Badrul Muhayat dan ramai lagi.

  • Siti Elizah sebagai Maira Suraya
  • Amar Asyraf sebagai Azim Arasy
  • Puteri Aishah sebagai Hana
  • Aman Graseka sebagai Salleh
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Sarimah
  • Anne Abdullah sebagai Datin Zaleha Mariam
  • Jay Iswazir sebagai Doktor Idrus
  • Badrul Muhayat sebagai Dato' Malik

Sinopsis Telefilem Tulus Cinta

Telefilem Tulus Cinta ini bermula apabila Maira mula menyendiri apabila mengetahui yang dia disahkan leukemia.

Pertemuannya dengan Azim yang membantunya ketika rebah mengeratkan lagi hubungan mereka. Pada mulanya, Azim tidak mengetahui bahawa Maira menghidapi Leukimia sehinggalah suatu hari Maira kembali lemah dan dirawat dihospital.

Hana iaitu kekasih Azim mula curiga dengan tingkah laku Azim. Hana mula mengekori Azim dan akhirnya dia mengetahui yang Azim kini berkawan baik dengan Maira.

Hana cuba untuk merebut haknya sebagai teman wanita Azim daripada Maira. Maira merasa tertipu dengan perbuatan Azim kerana selama ini Azim tidak pernah berterus terang.

Maira rasa dipermainkan oleh Azim. Namun Azim punya sebabnya tersendiri, hatinya sudah terpaut kepada Maira. Maira adalah wanita sempurna di matanya.

Post a Comment

0 Comments