Telefilem Restu Ayah Di TV3

Telefilem Restu Ayah Di TV3

Menampilkan sekali lagi telefilem yang pernah dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2019 iaitu Restu Ayah yang akan ditayangkan semula pada 20 Oktober 2023.

Telefilem ini akan menemui penonton pada hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my.

Naskah Ini merupakan terbitan syarikat Hujan Lebat Sdn. Bhd. diarahkan oleh Isqandar Jebat yang juga merupakan penulis skrip bagi cerita ini.

Table of Contents

Restu Ayah

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : TV3
Tarikh : 20 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa : 10.00 Malam
Idea Asal : Fahmi Suhaimi
Penulis Skrip : Isqandar Jebat
Pengarah : Isqandar Jebat
Produksi : Hujan Lebat Sdn. Bhd.

Telefilem Restu Ayah Di TV3

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Restu Ayah seperti Azhan Rani, Atiq Azman, Badrul Muhayar, Sharifah Shahora, Watie Sadali, Mas Renny, Syed Ali dan ramai lagi.

  • Azhan Rani sebagai Wahid
  • Atiq Azman sebagai Azlan
  • Sharifah Shahora sebagai Ibu Ila
  • Watie Sadali sebagai Azura
  • Badrul Muhayat sebagai Roslan
  • Syed Ali sebagai Amar

Sinopsis Telefilem Restu Ayah

Telefilem Restu Ayah mengisahkan tentang Azlan yang terlalu dimanjakan ibu bapanya, sehinggakan sifatnya yang suka dipuji terbawa di dalam kehidupan sehariannya bersama jiran-jiran dan juga di sekolah.

Kebahagiaan ini dapat dilihat di rumah dan disekolah apabila segala aktiviti serta kelakuan Azlan yang suka menuntut pujian itu disenangi oleh kawan-kawan serta guru dan ibu bapanya.

Situasi ini menjadikan Azlan seorang yang sering diberi tumpuan oleh kawan-kawan, guru, jiran-jiran dan ibu bapanya.

Satu hari semua ini ibarat berkubur. Ibu bapa Azlan terlibat dengan kemalangan sewaktu pulang dari menghantar Azlan ke sekolah.

Akibat kemalangan itu ibu Azlan meninggal dunia dan bapa Azlan buta sebelah mata dan patah kaki.

Sejak peristiwa itu Azlan tidak dapat memaafkan bapanya. Azlan menuduh bapanya punca musnahnya kebahagiaan yang beliau kecapi selama ini.

Telefilem Restu Ayah Di TV3

Post a Comment

0 Comments