Info Sinopsis Telefilem Pinjmankan Aku Pelangi Di TV1 (Panggung RTM)

Info Sinopsis Telefilem Pinjmankan Aku Pelangi Di TV1 (Panggung RTM)

Bulan Oktober di Malaysia sinonim dengan sukan dimana pada bulan ini akan berlangsung Hari Sukan Negara. Jadi pelbagai aktiviti sukan yang berlangsung ketika ini.

Jadi dengan semangat kesukanan tersebutlah, RTM kehadapan dengan membawa sebuah telefilem Pinjamkan Aku Pelangi yang membawa tema sukan dan amalan gaya hidup sehat dalam masyarakat.

Telefilem ini akan bersiaran pada 7 Oktober 2023, hari Sabtu menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau anda boleh tonton secara striming di rtmklik.rtm.gov.my.

Naskah terbitan Alliance Concord Media Sdn. Bhd. ini merupakan arahan Amie Maziah Abdul Rahman. Manakala idea asal tercetus daripada Firah Misu dan ditulis skripnya oleh Lynnda Sharudin.

Pinjamkan Aku Pelangi

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 7 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Lynnda Sharudin
Pengarah : Amir Maziah Abdul Rahman
Produksi : Alliance Concord Media Sdn. Bhd.

Telefilem Pinjmankan Aku Pelangi Di TV1

Barisan Pelakon Dan Watak Lakonan

Selain pelakon dewasa seperti Didi Astillah, Nafiz Muaz, Mubarak Majid, Kuza Muzani, Aleza Shadan dan Mahmud Ali Bashah terdapat juga pelakon kanak-kanak yang terlibat.

Antaranya seperti Danish Hazriq, Muhammad Ariff Abdullah (Buntat) dan Putri Qaseh Izwandy yang membawa watak budak sekolah dalam cerita ini.

  • Buntat sebagai Fuad
  • Danish Hazriq sebagai Shahizam

Sinopsis Telefilem Pinjamkan Aku Pelangi

Telefilem Pinjamkan Aku Pelangi mengisahkan tentang seorang pelajar bernama Fuad yang bercita-cita untuk menjadi pemain badminton. Fuad tinggal bersama ibu, ayah dan seorang adik perempuan, Munirah.

Sementara itu, Shahizam pula seorang pelajar yang baru berpindah dari bandar ke kampung. Dia mula berkawan dengan Fuad.

Shahizam mula membiasakan diri dengan kehidupan di kampung. Shahizam bangga dengan Fuad kerana mempunyai cita-cita yang tinggi walaupun hidupnya serba kekurangan.

Malangnya hubungan baik Shahizam dengan Fuad kurang disenangi oleh ibu Shahizam. Dia memarahi Fuad kerana berkawan dengan anaknya. Fuad yang kesedihan kemudiannya berjalan pulang ke rumah.

Namun tanpa diduga dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Shahizam sangat sedih dan berjanji untuk merealisasikan impian Fuad.

Begitupun adakah dia berjaya mencapai impian arwah sahabat baiknya itu? Saksikan kesudahannya nanti di TV1.

Post a Comment

0 Comments