Telefilem Kokok Di TV2

Telefilem Kokok Di TV2

Jika tiada urusan pada malam ini, jangan lupa untuk saksikan telefilem Kokok yang akan dibawakan menerusi saluran TV2 pada jam 9.00 malam juga menerusi RTM Klik.

Telefilem yang bersiaran pada 2 Oktober 2023 bersamaan pada hari sini ini merupakan terbitan Panji Borneo Sdn. Bhd., diarahkan oleh Ahmad Hashim dengan nukilan skrip daripada Makbul Manan.

Kokok merupakan sebuah makhluk ghaib termasuk dalam golongan jin yang telah menggemparkan masyarakat Sabah sebelum penghujung 60-an. Kini diadaptasi menjadi sebuah telemovie.

Tayangan : Drama On 2 di TV2
Tarikh : 2 Oktober 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Makbul Manan
Pengarah : Ahmad Hashim
Produksi : Panji Borneo Sdn. Bhd.

Telefilem Kokok Di TV2

Barisan Pelakon & Watak

Telefilem yang melakukan pengembaraan di Borneo ini menampilkan pelakon-pelakon baru tempatan juga seperti Norah Ting, Shafiq Dulamid, Duliam Suari, Maria Magdelina, Ajat Atuh dan ramai lagi.

  • Norah Ting sebagai Puteri Dang Gulangan
  • Shafiq Dulamid sebagai Akil

Sinopsis Telefilem Kokok

Telefilem Kokok mengisahkan tentang Akil iaitu seorang pembalak dan pengekspot perabot yang telah menarik kemarahan alam ghaib dan disifatkan sebagai pemusnah alam semulajadi.

Makhluk ghaib yang marah telah menangkap Akil untuk dibicara di alam mereka. Namun sesuatu telah terjadi dimana Akil dan Puteri di alam Kokok telah jatuh cinta antara satu sama lain.

Post a Comment

0 Comments