Telefilem Karya Yang Hilang Panggung RTM TV1

Telefilem Karya Yang Hilang Panggung RTM TV1

RTM bawakan sekali lagi telefilem melayu tempatan lakonan Beto Kusyairy berjudul Karya Yang Hilang untuk penonton pada hujung minggu kali ini.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 ini akan bersiaran sekali lagi pada 28 Oktober 2023, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan online RTM Klik.

Naskah yang membawa genre seram misteri ini merupakan arahan Amzari Amir, nukilan skrip daripada Adza Emie dan diterbitkan oleh syarikat Danau Sempurna Sdn. Bhd.

Karya Yang Hilang

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 28 Oktober 2023 (Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Adza Emie
Pengarah : Amzari Amir
Produksi : Danau Sempurna Sdn. Bhd.

Telefilem Karya Yang Hilang Panggung RTM TV1

Barisan Pelakon & Watak

Selain Beto, terdapat juga pelakon-pelakon lain yang terlibat seperti Amerul Affendi, Sasqia Dahuri, Qazem Nor, Afique Hussain, Nik Ramli, Damia Qaisarah, Mohd Rezal Abd Rahman dan ramai lagi.

  • Beto Kusyairy sebagai Ziyad
  • Amerul Affendi sebagai Ahmad
  • Sasqia Dahuri sebagai Mariam
  • Afique Hussain sebagai Fendi
  • Qazem Nor sebagai Ilyas

Sinopsis Telefilem Karya Yang Hilang

Telefilem Karya Yang Hilang mengisahkan tentang Ziyad Ibrahim yang merupakan seorang penulis novel terkenal. Meskipun novel-novelnya mendapat rekod bestseller tapi semuanya adalah karya lama yang diulang cetak.

Disebabkan itu, dia mula tertekan bagi menghasilkan novel baru sehingga terpaksa bergantung kepada pil tidur dan juga menyebabkan rumah tangganya mula dilanda masalah bersama isterinya iaitu Mariam.

Pada awalnya dia bercadang untuk berpindah ke Bali untuk mendapatkan inspirasi, tetapi atas cadangan rakannya, dia mendapatkan ilham di rumah peninggalam milik keluarga kawasanya tersebut tanpa perlu ke luar negara.

Disinilah, Ziyad mula mendapat banyak idea untuk menulisan dan menghasilkan novel yang baru. Dengan itu juga, dia terjumpa Ahmad iaitu peminatnya yang obses dan cuba mendekatinya selama berada di kampung.

Namun masalah mula timbul apabila yang dikarangnya menjadi realiti. Ziyad dikejutkan dengan satu kes pembunuhan di kampung tersebut. Apakah yang terjadi sebenarnya? Bagaimana Ziyad mampu untuk mengurai misteri ini?

Telefilem Karya Yang Hilang Panggung RTM TV1

Post a Comment

0 Comments