Telefilem Isteri-Isteriku Tayangan Di TV9

Telefilem Isteri-Isteriku Tayangan Di TV9

Malam anda akan diserikan dengan sebuah telefilem romantik komedi bertajuk Isteri-Isteriku yang mana ditayangkan kembali untuk seisi keluarga.

Sebelum ini, telefilem Isteri-Isteriku pernah bersiaran pada tahun 2016 yang juga tayangan asal dibawakan ke kaca tv dan kini kembali semula.

Jadi jangan terlepas saksikan pada 6 Oktober 2023, hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan secara online di Tonton.

Naskah ini merupakan terbitan Enuja Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hadji Maa Hayu aka Yusof Wahab dan skrip pula ditulis oleh Mohd Sharemy Ikmal.

Isteri-Isteriku

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 6 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Mohd Shahremy Ikmal
Pengarah : Hadji Maa Hayu
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.

Telefilem Isteri-Isterki Tayangan Di TV9

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara pelakon utama yang membintangi telefilem Isteri-isteriku ini ialah Fauzi Nawawi, Kila Fairy, Afifah Nasir dan Khaty Azean.

Mereka dibantu oleh barisan pelakon lain juga seperti Elji, Achong Sweetchild, Fatimah Katan, Mell Adnan, Nurfarahin Yahya dan ramai lagi

  • Fauzi Nawawi sebagai Amran
  • Kila Fairy sebagai sebagai mona
  • Khaty Azian sebagai Kak Siah
  • Afifah Nasir sebagai Khaty
  • Elji sebagai Abang Ali

Sinopsis Telefilem Isteri-Isteriku

Telefilem Isteri-Isteriku mengisahkan tentang Amran yang mempunyai dua isteri iaitu Khaty dan Mona. Walaupun hidup bermadu, kehidupan mereka bertiga bahagia kerana Amran membahagikan masa dan rezeki dengan sama rata kepada kedua-dua isterinya.

Rumah tangga yang mereka bina berjalan seperti biasa sehinggalah berlaku insiden Amran terpaksa berhenti kerja akibat penutupan operasi syarikat miliknya.

Bingung dengan keadaan tersebut dan ditambah dengan belanja untuk menanggung kedua-dua isterinya membuatkan Amran tekad untuk membawa mereka pulang ke kampung dan berpindah ke rumah pusaka.

Pada masa yang sama, Amran mengambil keputusan untuk bekerja di warung Kak Siah yang juga merupakan seorang janda.

Hubungan baik yang dijalinkan itu akhirnya membuatkan kedua-dua orang isterinya mengesyaki sesuatu.

Merasakan yang suami mereka curang dan mahu menambah ‘cawangan’ baharu, Khaty dan Mona akhirnya berpakat untuk menculik Kak Siah bagi membalas dendam kerana cuba merampas suami mereka.

Ketika dalam perjalanan masuk ke hutan, Khaty, Mona dan Kak Siah diculik pula oleh penculik yang berhadapan dengan masalah kewangan.

Satu persatu konflik bermula apabila Amran cuba menyelamatkan ketiga-tiga wanita tersebut. Ketika mahu menyelamatkan mereka, berlaku beberapa kejadian sehingga menyebabkan perubahan besar kepada hidup Amran.

Telefilem Isteri-Isterki Tayangan Di TV9

Post a Comment

0 Comments