Telefilem Hantu Penunjuk Jalan Di TV9 & Sinopsis

Telefilem Hantu Penunjuk Jalan Di TV9 & Sinopsis

Sebelum ini pernah ditayangkan sempena Aidilfitri dan kali ini akan dibawakan semula untuk tontonan ramai telefilem berjudul Hantu Penunjuk Jalan untuk semua seisi keluarga.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2020 ini bakal disiarkan pada 27 Oktober 2023, iaitu pada hari Jumat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan secara online di watch.tonton.com.my.

Naskah ini merupakan arahan Kyoll Hamzah, penulisan skrip daripada Shahnas Putra bersama Team Cakerawala Seni dan diterbitkan oleh Layar Consult Sdn. Bhd.

Table of Contents

Hantu Penunjuk Jalan

Tayangan Asal : 2020
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 27 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Shahnas Putra dan Team Cakerawala Seni
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Layar Consult Sdn. Bhd.

Telefilem Hantu Penunjuk Jalan Di TV9

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon-pelakon yang terlibat dalam telefilem ini seperti Izzue Islam, Bella Dally, Faiz Tapaw, Shasha Raman, Razzuan Rosli, Habeeb, Ikhwa, Adzim, Azwa, Azlin, Alip dan ramai lagi.

  • Izzue Islam sebagai Jay
  • Bella Dally sebagai Alin
  • Razzuan Rosli sebagai Tegar
  • Shasha Rahman sebagai Shasha Raman
  • Faiz Tapaw sebagai Farid

Sinopsis Telefilem Hantu Penunjuk Jalan

Telefilem Hantu Penunjuk Jalan mengisahkan tentang Kampung Naga Kapitan terkenal sebagai kampung misteri kerana hanya dapat dijumpai melalui navigasi GPS Antoo dan tidak ada yang keluar dari situ hidup-hidup.

Lin iaitu influencer media sosial yang terkenal merancang untuk melakukan tinjauan produk dan membuat ulasan tentang kampung tersebut.

Di sana, dia bertemu dengan Jay, pemandu e-hailing yang tersesat setelah menurunkan penumpang. Ketika mereka berusaha mencari jalan keluar, perasaan mereka saling bertaut.

Telefilem Hantu Penunjuk Jalan Di TV9

Post a Comment

0 Comments