Telefilem Gadis Kampung Paling Popular Di TV3 (Slot Cerekarama)

Telefilem Gadis Kampung Paling Popular Di TV3 (Slot Cerekarama)

TV3 bawakan kembali telefilem Gadis Kampung Paling Popular yang akan ditayangkan semula pada 21 Oktober 2023, iaitu hari Sabtu pada pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama dan online Tonton.

Telefilem romantik komedi ini pernah ditayangkan pada tahun 2016 yang lalu dengan menampilkan Janna Nick dan Azad Jazmin sebagai teraju utama sepanjang penceritaan.

Naskah ini merupakan idea asal daripada Julian Jayaseela yang juga penulis skrip, diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh syarikat Nuansa Sdn. Bhd.

Table of Contents

Gadis Kampung Paling Popular

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 21 Oktober 2023 (Sabtu)
Waktu : 10.00 Malam
Idea Asal : Julian Jayaseela
Penulis Skrip : Julian Jayaseela
Pengarah : Eyra Rahman
Produksi : Nuansa Sdn. Bhd.

Telefilem Gadis Kampung Paling Popular Di TV3

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Gadis Kampung Paling Popular seperti Janna Nick, Azad Jazmin, Vicha Saywho, Acong Sweetchild, Mak Wan, Aizat Hassan, Daaim Jailani, Firdaus Nadxaman dan ramai lagi.

  • Janna Nick sebagai Maya/Lady Wawa
  • Azad Jazmin sebagai Azad
  • Vicha Saywho sebagai Safidah
  • Acong Sweetchild sebagai Uncle Syomie
  • Mak Wan sebagai Cik Eton
  • Aizat Hassan sebagai Khir
  • Daaim Jailani sebagai Ray
  • Firdaus Nadxaman sebagai Seman

Sinopsis Telefilem Gadis Kampung Paling Popular

Telefilem Gadis Kampung Paling Popular mengisahkan tentang Maya iaitu seorang gadis kampung yang baru berhijrah ke bandar. Dia juga seorang yang pemalu dan bersuara lunak.

Maya bertemu dengan pekerja butik milik bapa saudaranya, Safidah, yang juga mula mengubah hidup Maya kepada gadis urban yang bergelar Lady Wawa.

Ibunya di kampung, Cik Eton mahu menyatukan anaknya dengan seorang ahli perniagaan di kampungnya. Namun, Maya menolak. Panggilan Lady Wawa dan gaya hidupnya disorok daripada pengetahuan keluarganya.

Telefilem Gadis Kampung Paling Popular Di TV3

Post a Comment

0 Comments