Telefilem Di Pintu Syurga Di TV9 (Skrin Di 9)

Telefilem Di Pintu Syurga Di TV9 (Skrin Di 9)

Jangan lupa saksikan telefilem Di Pintu Syurga yang akan menemui penonton semula pada 23 Oktober 2023, bersiaran pada hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 dan secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2017 di TV3 ini merupakan terbitan syarikat Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nizam Zakaria dengan penulisan skrip daripada Sofia J. Ryhland.

Di Pintu Syurga

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : 23 Oktober 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Sofia J. Ryhland
Pengarah : Nizam Zakaria
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

Telefilem Di Pintu Syurga Di TV9

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Di Pintu Syurga iaitu Janna Nick, Redza Rosli, Arash Mohd, Aleza Shahdan, Azhar Sulaiman, Marisa Yasmin, Lia Natalia, Syafnida Suhaimi, Hilyah Aminah Ismail dan ramai lagi.

  • Janna Nick sebagai Jannah
  • Redza Rosli sebagai Faris

Sinopsis Telefilem Di Pintu Syurga

Telefilem Di Pintu Syurga mengisahkan tentang seorang gadis bernama Jannah yang suka berpelesaran dan kemudian dipaksa oleh ibu bapanya untuk bernikah dengan seorang jejaka bernama Faris yang merupakan seorang guru seni khat.

Pada satu malam, Jannah terlibat dengan kemalangan jalanraya sehingga menyebabkan dia mengalami Amnesia atau hilang ingatan. Sejak daripada itu, Jannah jatuh jatuh cinta dengan Faris yang dirasakan sesuai untuk menjadi imamnya yang sempurna.

Sejak itu juga, Jannah sudah banyak berubah. Namun begitu, kebahagian Jannah dan Faris tidak kekal lama apabila Jannah menghidap tumor.

Post a Comment

0 Comments