Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo Di TV1 (Panggung RTM)

Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo Di TV1 (Panggung RTM)

Hujung minggu anda akan disajikan kembali dengan sebuah telefilem bertajuk Capa Rengat Gulai Rawo yang mana akan bersiaran pada 21 Oktober 2023, hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 dan secara online di RTM Klik.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2021 ini merupakan adaptasi daripada dua cerpen karya Baharuddin Kahar iaitu 'Capa Rengat' dan 'Gulai Rawo'.

Capa Rengat Gulai Rawo yang pernah dicalonkan dalam Anugerah Seri Angkasa 2022 ini merupakan terbitan Unit Drama TV RTM bersama Dewas Bahasa dan Pustaka, diarahkan oleh Wan Afzam Wan Daud dengan penulisan skrip daripada Amin Masyhur

Table of Contents

Capa Rengat Gulai Rawo

Tayangan Asal : 2021
Bersiaran : Slot Panggung RTM di TV1
Penulis Skrip : Amin Masyhur
Pengarah : Wan Afzam Wan Daud
Produksi : United Drama TV RTM

Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo Di TV1

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Capa Rengat Gulai Rawo seperti Mior Hashiam, Farah Ahmad, Nadiya Nisaa, Dewa Sapri, Fikhree Bakar, Harith Haziq, Adawiyah Nawi, Mhia Firdaus, Azrol Salehuddin, Masher Muse dan ramai lagi.

  • Mior Hashim sebagai Budin
  • Farah Ahmad sebagai Rabiah
  • Nadiya Nissa sebagai Ambi
  • Dewa Sapri sebagai Kinto
  • Fikhree Bakar sebagai Agil
  • Harith Haziq sebagai Abu
  • Adawiyah Nawi sebagai Su
  • Mhia Firdaus sebagai Kakak Abu
  • Azrol Salehuddin sebagai Batin Hitam
  • Masher Muse sebagai Masher

Sinopsis Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo

Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo mengisahkan tentang seorang remaja bernama Budin yang dibawa pulang ke kampung oleh ibunya.

Ini kerana untuk urusan pusakan dan dalam masa sama telah mengenali Su yang memberikan suatu pengalaman baru dan manis untuknya, ditambah pula Su sempat mengirimkan sekuntum bunga untuknya.

Berita kepulangan anak dan menantunya disambut gembira oleh seorang bapa tua menyebabkan si bapa berusaha menyediakan hidangan untuk anak dan menantunya, namun ada sesuatu yang berlaku.

Untuk ketahui apakah perkara tersebut, jangan lupa saksikan telefilem Capa Rengat Gulai Rawo di saluran TV1.

Telefilem Capa Rengat Gulai Rawo Di TV1

Post a Comment

0 Comments