Telefilem Busker Bercinta Menemui Anda Di TV2

Telefilem Busker Bercinta Menemui Anda Di TV2

Bagi yang tidak kemana-mana pada malam ini, jangan lupa saksikan telefilem Busker Bercinta yang bersiaran pada 3 Oktober 2023 bersamaan pada hari Selasa.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2021 ini sekali lagi akan menemui penonton dengan waktu yang sama iaitu pada jam 9.00 malam menerusi Drama On 2 di TV2 dan online RTM Klik.

Karya arahan AR Badul terbitan Teguh Setanding Sdn. Bhd. ini menampilkan Mat Dan sebagai teraju utama dalam sebuah telefilem dengan genre romantik komedi.

Busker Bercinta

Tayangan Asal : 2021
Bersiaran : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 3 Oktober 2023 (Selasa)
Masa : 9.00 Malam
Pengarah : AR Badul
Produksi : Teguh Setanding Sdn. Bhd.

Telefilem Busker Bercinta

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Selain Mat Dan, terdapat lagi pelakon-pelakon lain yang terlibat dalam telefilem Busker Bercinta ini seperti Amir Raja Lawak, Ali Sobri, Qazim Nor, Munir, Enot, Mak Wan, Wan Gegau dan ramai lagi.

  • Mat Dan sebagai Rejab

Sinopsis Telefilem Busker Bercinta

Telefilem Busker Bercinta bermula dengan penghijrahan watak utama iaitu Rejab ke Kuala Lumpur untuk mencari sumber pendapatan dan kehidupan baru.

Keputusan ini dibuat selepas di tuduh mencuri ayam orang kampung dan membuatkannya Rejab kecewa. Bukan itu sahaja, lebih memalukan dia turut dituduh mengintai anak dara orang kampung.

Malang tidak berbau apabila Rejab disimbah dengan air cili yang menyebabkan penglihatannya menjadi kabur dan sekali gus merubah kehidupannya.

Semasa di ibu kota, Rejab yang dianggap buta telah menyertai sebuah Kumpulan Buskers. Tanpa diduga juga bakatnya mudah diterima orang yang kemudiannya menjadi pendorong dirinya untuk terus menghiburkan orang ramai.

Walaupun sudah terkenal, Rejab tidak gembira dengan kehidupannya. Ini kerana Rejab merasakan kejayaan yang diterimanya melalui cara yang salah dan dia berniat mahu membetulkan keadaan.

Namun bagaimanakah dia menyelesaikan perkara tersebut? Adakah permohonan maafnya diterima? 

Post a Comment

0 Comments