Telefilem Bila Tiba Saatnya Di TV3 (Cerekarama)

Telefilem Bila Tiba Saatnya Di TV3 (Cerekarama)

Jika anda berkelepangan, jangan lupa untuk saksikan telefilem Bila Tiba Saatnya yang akan menemui penonton sekali lagi iaitu pada 28 Oktober 2023, hari Sabtu menerusi Cerekarama TV3.

Telefilem yang juga boleh ditonton secara online menerusi platform Tonton ini merupakan ulangan yang mana ianya buat pertama kali disiarkan pada tahun 2016.

Bila Tiba Saatnya merupakan arahan Heykal Hanifah, skrip ditulis oleh Wan Mahani Wan Hassan dan diterbitkan syarikat produksi Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Bila Tiba Saatnya

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 28 Oktober 2023 (Sabtu)
Waktu : 10.00 malam
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Telefilem Bila Tiba Saatnya Di TV3

Barisan Pelakon & Watak

Terdapat ramai pelakon yang terlibat dalam telefilem ini antaranya Nazim Othman, Syazwan Zulkifly, Niena Baharun dan Rusdi Ramli.

Selain itu, terdapat juga Faezah Elai, Aleza Shadan, Dian P. Ramlee, Kodi Rashid, Zulkifli Ismail, Iswazi Ismail dan ramai lagi.

  • Nazim Ohtman sebagai Mohd Nazim
  • Syazwa Zulkifli sebagai Rosman
  • Kodi Rashid sebagai Moin
  • Rusdi Ramli sebagai Aziz
  • Zulkifl Ismail sebagai Majid
  • Jay Iswazir sebagai Azmir
  • Dian P. Ramlee sebagai Munah
  • Niena Baharun sebagai Nadrah

Sinopsis Telefilem Bila Tiba Saatnya

Telefilem Bila Tiba Saatnya mengisahkan tentang dua orang individu yang telah meninggal dunia pada malam yang sama tetapi di tempat yang berlainan. Walau bagaimanapun kedua-dua lelaki tersebut telah dikebumikan dikampung halaman yang sama.

Rosman iaitu seorang remaja yang sangat jahat dan suka mencuri apa juga barang sehingga tabung masjid juga jadi mangsanya.

Beliau pernah bersumpah dengan ibunya, jika dia yang mencuri wang tabung masjid tersebut maka dia reda jika Allah cabutnya nyawanya di dalam masjid tersebut. Pada malam 27 Ramadan beliau telah kembali kerahmatullah sebelum sempat bertaubat.

Mohd Nazim pula telah menemui ajalnya di pusat karaoke setelah dipukul dengan botol arak oleh seorang gangster. Mohd Nazim ke pusat karaoke tersebut hanya hendak membawa kawan baiknya, pergi menziarah anaknya yang sedang tenat di hospital.

Memang arwah Mohd Nazim sebelum ini adalah seorang kaki botol tetapi beliau sudah berubah dan bertaubat serta menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.

Telefilem Bila Tiba Saatnya Di TV3

Post a Comment

0 Comments