Telefilem Auta Di TV3 (Cerekarama)

Telefilem Auta Di TV3 (Cerekarama)

Pada tahun 2016 merupakan tayangan asal telefilem Auta di kaca tv menerusi saluran TV3 dan kini ianya kembali dan akan menemui penonton semula.

'Auta' akan bersiaran pada hujung minggu ini, 6 Oktober 2023, hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama TV3 dan anda juga boleh strim secara online di Tonton.

Naskah terbitan World Evolution Brain Sdn. Bhd. ini merupakan arahan Dato' Jurey Latiff Rosli dan skripnya pula ditulis oleh Suzanna Zaily Zin.

Auta

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cerekarama TV3
Tarikh : 6 Oktober 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Suzanna Zaily Zin
Pengarah : Datp' Jurey Latiff Rosli
Produksi : World Evolution Brain Sdn. Bhd.

Telefilem Auta Di TV3

Barisan Pelakon Dan Watak

Shukri Yahaya dan Nad Zainal merupakan pelakon utama dalam telefilem ini dan mereka dibantu oleh pelakon-pelakon lain seperti Delimawati dan Mubarak Majid.

Selain itu juga, ada Balkisyh Semundur Khan, Rosli Adam, Zarina Md Nor, Da'o Hijrah dan ramai lagi.

  • Shukri Yahaya sebagai Nizam
  • Nad Zainal sebagai Faridah
  • Delimawati sebagai Salmah
  • Mubarak Majid sebagai Sulaiman
  • Da'i Hijrah sebagai Ustaz Aziz

Sinopsis Telefilem Auta

Telefilem Auta mengisahkan tentang Nizam, seorang pemuda yang malas bekerja telah jatuh hati pada Faridah.

Walaupun pemalas dan tidak bekerja, Nizam seorang yang beragama, sering dilihat menghadiri ceramah dan beribadah di masjid.

Ibu Faridah, Salmah berharap Nizam dapat membantu mengubah sikap suaminya, Sulaiman yang malas untuk solat.

Awal perkahwinan sepertinya semuanya indah. Akan tetapi lama-kelamaan Nizam masih belum mahu bekerja dan mula melepaskan tanggungjawab sebagai suami kepada Faridah.

Disebabkan itulah, Faridah meminta tolong Ustaz Aziz bagi menyedarkan Nizam untuk kembali sedar dan menasihati untuk terus memberikan tanggungjawab dalam keluarganya.

Post a Comment

0 Comments