Telefilem Ara Di TV3 Pada Jumaat Ini

Telefilem Ara Di TV3 Pada Jumaat Ini

Sambil anda berehat di rumah, jangan lupa untuk saksikan telefilem Ara yang akan bersiaran pada 6 Oktober 2023, hari Jumaat jam 10.00 malam di TV3 dan secara online di Tonton.

Sebelum ini, 'Ara' pernah ditayangkan iaitu pada tahun 2019 dan kali ini sekali lagi Media Prima akan bawakan untuk tontonan ramai di kaca tv.

Telefilem Ara ini merupakan idea asal DFKL iaitu Wan Izar Haizan dan ditulis skripnya oleh Syiella Annuar bersama Tam Suhaimi.

Ianya merupakan arahan Tam Suhaimi sendiri dan diterbitkan oleh syarikat produksi Padi Pictures Sdn. Bhd.

Ara

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : TV3
Tarikh : 6 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Syiella Annuar dan Tam Suhaimi
Pengarah : Tam Suhaimi
Produksi : Padi Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Ara Di TV3

Barisan Pelakon Dan Watak Lakonan

Telefilem Ara menampilkan Mimi Lana dan Adam Lee sebagai teraju utama disamping dibantu oleh Aida Aris, Ruhainies, Hafidz Roshdi, Adik Cassia, Fatin Afifah dan ramai lagi.

Terdapat juga penampilan khas daripada Josiah Hogan dalam cerita ini.

  • Mimi Lana sebagai Ara
  • Adam Lee sebagai Arman
  • Aida Aris sebagai Pn. Adibah
  • Ruhainies sebagai Raudhah
  • Hafidz Roshdi sebagai Taufiq
  • Adik Cassia sebagai Amelia
  • Fatin Afifah sebagai Sherry

Sinopsis Telefilem Ara

Ara merupakan personaliti TV dibawa kekasihnya Arman bertemu bakal mertuanya, Pn Adibah.

Kewujudan anak kecil di rumah Ara membuka peluang kepada Raudah, pembantu peribadi Pn Adibah untuk merampas Arman. Apakah kesudahannya?

Ara mahu berubah ke arah baik walaupun orang ramai skeptikal tentang kebaikan yang ditunjukkan olehnya.

Adakah Ara akan terus dengan niatnya atau dia akan berputus asa dan kembali dengan gaya hidup asalnya?

Post a Comment

0 Comments