Telefilem Along Di TV Okey (Layar Okey)

Telefilem Along Di TV Okey (Layar Okey)

Hujung minggu anda akan disajikan semula dengan sebuah telefilem yang penuh pengajaran berjudul 'Along' dimana sebelum ini pernah ditayangkan atau tayangan asal adalah pada tahun 2022.

Along akan bersiaran pada 29 Oktober 2023, iaitu pada hari Ahad menerusi slot Layar Okey di saluran RTM TV Okey dan tayangan secara online di platform RTM Klik - website dan aplikasi mobile.

Telefilem yang menampilkan Syafie Naswip sebagai teraju utama ini merupakan arahan Heykal Hanifah, penulisan skrip daripada Siti Solehah Abdul Ghani dan diterbitkan oleh Layar Consult Sdn. Bhd.

Table of Contents

Along

Tayangan Asal : 2022
Bersiaran : Slot Layar Okey di TV Okey
Tarikh : 29 Oktober 2023 (Ahad)
Masa : 2.30 Petang
Penulis Skrip : Siti Solehah Abdul Ghanis
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Layar Consult Sdn. Bhd.

Telefilem Along Di TV Okey

Barisan Pelakon & Watak

Selain Syafie Naswip, terdapat ramai lagi pelakon yang terlibat dalam telefilem Along seperti Khayrisyah Kemal, Fimie Don, Izzy Reef, Adrianna Qasmia, Jasmin Hamid, Esma Daniel, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi

  • Syafie Naswip sebagai Along/Jazlan
  • Khayrisyah Kemal sebagai Ayu
  • Fimie Don sebagai Kamil
  • Izzy Reef sebagai Farid
  • Adrianna Qasmia sebagai Adila
  • Jasmin Hamid sebagai Salina
  • Esma Daniel sebagai Tuan Haniff
  • Haeriyanto Hassan sebagai Yusman

Sinopsis Telefilem Along

Telefilem Along mengisahkan tentang pengorbanan Along yang memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada adik-adiknya selepas ayah mereka meninggal dunia.

Along dan adik-adiknya berhijrah ke kota dem perubahan hidup. Namun hidup di kota hadir dengan cabaran baru. Mampukah Along menyara kehidupan mereka bertiga di kota pula?

Post a Comment

0 Comments