Telefilem Aku Dan Adik Di TV3 & Sinopsis

Telefilem Aku Dan Adik Di TV3 & Sinopsis

Jangan lupa saksikan telefilem Aku Dan Adik yang akan menemui penonton semula pada 27 Oktober 2023, bersiaran pada hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan arahan Khir Rahman, penulisan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim dan diterbitkan oleh syarikat Mermaid Studios Sdn. Bhd.

Table of Contents

Aku Dan Adik

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : TV3
Tarikh : 27 Oktober 2023 (Jumaat)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Khir Rahman
Produksi : Mermaid Studios Sdn. Bhd.

Telefilem Aku Dan Adik Di TV3

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang membintangi telefilem Aku Dan Adik iaitu Liyana Jasmay, Afieq Shazwan, Adam Lee, Zaidi Omar, Fazlina Ahmad Daud, Sahronizam Noor, Shad Shadid dan ramai lagi.

  • Liyana Jasmay sebagai Eira
  • Afieq Shazwan sebagai Hanif
  • Adam Lee sebagai Izman
  • Zaidi Omar sebagai Tuan Ali
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Ibu Surya
  • Sahronizam Noor sebagai Lokman
  • Shad Shadid sebagai Hairi

Sinopsis Telefilem Aku Dan Adik

Telemovie Aku Dan Adik mengisahkan tentang Hanif iaitu seorang jejaka berusia 18 tahun yang sangat rapat dengan kakaknya Ira yang hanya tua setahun darinya. Mereka berasal dari kampung.

Sejak kecil lagi, Ira ditatang bagai minyak yang penuh. Ira cantik, pandai dan dijangka dapat membantu keluarga mengubah hidup. Manakala Hanif pula selalu dianggap sebagai anak yang harus melakukan segalanya.

Bukan ramai yang menyangkakan bahawa Hanif mampu mendapat keputusan yang cemerlang di Tingkatan 6 dan mendapat tempat di maktab perguruan.

Ibu bapa Hanif sangat gembira dan memberikan wang simpanan kepada Hanif sebagai perbelanjaan di maktab. Namun pada hari yang sama, Ira pulang dengan sebuah berita buruk.

Telefilem Aku Dan Adik Di TV3

Post a Comment

0 Comments