Siri Super Wira Ditayangkan Di Astro Cerita 611

Siri Super Wira Ditayangkan Di Astro Cerita 611

Astro buat kali pertama membawakan sebuah siri live action bertajuk Super Wira yang berelemenkan superhero menerusi saluran Astro Ceria untuk tontonan seisi keluarga.

Selain daripada elemen adiwira tersebut, Super Wira juga diperkuatkan dengan kombinasi lakonan hebat. Kita ada Beto Kusyairy, Nadhir Nasar, Idan Aedan dan Mira Filzah dalam satu cerita.

Bukan itu sahaja, Super Wira juga mengetengahkan banyak unsur tradisional Melayu yang antaranya dalam gaya pertarungan menggunakan seni silat serta penggunaan cerita rakyat Naga Tasih Chini.

Siri 7 episod ini merupakan terbitan syarikat The Media Hustler Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah yang tidak asing lagi Ghaz Abu Bakar dengan penulisan skrip daripada Qamarul Hassan.

Super Wira akan menemui penonton dan adik-adik bermula 23 Oktober 2023, bersiaran setiap hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi Astro Ceria (saluran 611) dan online Astro Go.

Super Wira

Episod : 7
Tayangan : Astro Ceria 611
Tarikh : Mulai 23 Oktober 2023 (Setiap Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Qamarul Hassan
Pengarah : Ghaz Aku Bakar
Produksi : The Media Hustler Sdn. Bhd.

Siri Super Wira Ditayangkan Di Astro Cerita 611

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama siri Super Wira seperti Beto Kusyairy, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Zizan Razak, Idan Aedan, Arena Wan, Fadhli Masoot, Ezzaty Abdullah, Zahiril Adzim dan ramai lagi

  • Beto Kusyairy sebagai Kapten Gemilang/Johan
  • Idan Aedan sebagai Aman
  • Nadhir Nasar sebagai Roy
  • Mira Filzah sebagai Seri Gumum
  • Ezzaty Abdullah sebagai Rose
  • Arena Wan sebagai Irena
  • Fadhli Masoot sebagai Wan
  • Zizan Razak sebagai Awang Bunga

Sinopsis Super Wira

Drama siri Super Wira mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa iaitu Super Wira dengan ketua kumpulan mereka iaitu Kapten Gemilang atau Johan.

Setiap daripada mereka mempunyai kuasa masing-masing kecuali Aman, anak kepada Kapten Gemilang yang mengetuai Super Wira.

Dalam mencari potensi diri dan membuka kunci kuasanya yang terpendam untuk menyelamatkan ibunya yang ditangkap oleh penjahat bernama Roy, dia sedar bahawa kekuatan satu kuasa itu berbeza daripada apa yang dijangkakan. 

Siri Super Wira Ditayangkan Di Astro Cerita 611

Post a Comment

0 Comments