Filem Pukul Mersing Di Tonton

Filem Pukul Mersing Di Tonton

Tonton bawakan filem original berjudul Pukul Mersing yang kini boleh mula di strim secara online menerusi platform Tonton sama ada di website atau aplikasi mobile bermula 25 Oktober 2023.

Filem ini bakal membawa penonton menyelusuri sebuah naskah yang mengetengahkan seni mempertahankan diri iaitu seni silat. Sebuah tradisi lama yang tidak wajar dilupakan begitu sahaja sehingga kini.

Naskah ini merupakan arahan Izuan Mokhtar dan diterbitkan oleh syarikat produksi Nizra Entertainment.

Table of Contents

Pukul Mersing

Tayangan : Tonton
Tarikh : Mulai 25 Oktober 2023 (Rabu)
Pengarah : Izuan Mokhtar
Produksi : Nizra Entertainment

Filem Pukul Mersing Di Tonton

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon dalam filem Pukul Mersing iaitu Fadhli Masoot, Azzam Sham, Wanns Ahmad, Cik B, Ziha Salleh, Adlin Aman Ramlie, Namron, Niezam Zaidi, Aziza Kazan, Farisha Iris, Izzy dan ramai lagi.

  • Fadhli Masoot sebagai Fawwaz
  • Azzam Sham sebagai Jazlan
  • Wanns Ahmad sebagai Alang
  • Cik B sebagai Melur
  • Ziha Salleh sebagai Bunga
  • Farisha Iris sebagai Tiya
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Tok Guru Karim
  • Namron sebagai Tok Ayah

Sinopsis Filem Pukul Mersing

Kini Pukul Mersing menyoroti watak Fawwaz yang berhasrat untuk mencari makna sebenar nilai persilatan serta guru yang mampu menurunkan ilmu persilatan yang khusus iaitu 'Buah Pukul Mersing'.

Walaupun dia mempunyai pandangan yang murni terhadap dunia silat, rakan-rakan kolejnya terutamanya Jazlan dan ALan mempunyai tanggapan yang berbeza tentang hal ini.

Kedua-dua merek aktif sebagai 'content creator' di laman sosial Youtube. Mereka juga memasang niat untuk membuat kandungan tentang bagaimana seni silat dipengaruhi unsur negatif gangsterisme.

Walaupunbegitu, Fawwaz tekad untuk membuktikan bawah pendapat rakan-rakannya itu tidak benar. Dia mengajak mereka untuk mencari dan mengenali erti persilatan yang sebenar.

Dalam masa yang sama, rakannya iaitu Jazlan dan Alang mengambil peluang ini untuk mencipta kandungan bagi video Youtube mereka.

Namun pengembaraan ini bukanlah semudah yang disangka. Persahabatan Fawwaz, Jazlan dan Alang diuji setelah mereka bersama-sama ke Mersing untuk mencari guru 'Buah Pukul Mersing' yang sebenar.

Dengan pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, mampukan tiga sekawan ini mengekalkan persahabatan mereka dalam pencarian nilai silat yang sebenar?

Filem Pukul Mersing Di Tonton

Post a Comment

0 Comments