Saksikan Filem Pagari Bulan Di Pawagam Mulai 5 Oktober Ini

Saksikan Filem Pagari Bulan Di Pawagam Mulai 5 Oktober Ini

Sebuah kisah yang tidak ada lagi dipertengahkan sebelum ini berkaitan pemerkasaan wanita akan ditonjolkan dalam sebuah filem berjudul Pagari Bulan yang akan ditayangkan di pawagam.

Filem yang bakal menemui penonton mulai 5 Oktober 2023 ini merupakan terbitan Eleven Field Creative Sdn. Bhd. serta edaran Metro Wealth.

Pagari Bulan merupakan idea asal daripada Ellyna Ahmad beserta tuan pengarah sendiri iaitu Ts Raja Mukhriz dan skrip serta lakon layar adalah daripada Siti Jasmina Ibrahim.

Naskah ini dikatakan telah membelanja sehingga RM2.5 juta untuk disiapkan dan telah mendapat kerjasama daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD), Finas serta Dana Kandungan Digital (DKD).

Filem Pagari Bulan Di Pawagam

Barisan Pelakon Dan Watak

Pelakon Nazeera Saidi merupakan tunjang utama dalam filem Pagari Bulan disamping bantuan daripada pelakon-pelakon lain seperti Aniq Durar, Trisha Ooi, Andy Teh, Alvin Wong,  Michael Ang, Laila Nasir, Chelsia Ng, Hazi Juzaili dan ramai lagi.

  • Nazeera Sardi sebagai Bulan
  • Aniq Durar sebagai Miura
  • Trisha Ooi sebagai Sui Li
  • Alvin Wong sebagai Kuzawa
  • Andy Teh sebagai Leftenan Azu
  • Michael Ang sebagai Ah Leong
  • Chelsia Ng sebagai Momosan
  • Laila Nasir sebagai Hasnah
  • Hazi Juzaili sebagai Nida

Sinopsis Filem Pagari Bulan

Filem Pagari Bulan mengisahkan tentang watak Bulan yang merupakan anak sulung perempuan kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ismail dan isterinya Hasnah yang berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan.

Penduduk kampung berdekatan dan kampung lain terpaksa mempertahankan kampung mereka daripada didera, dibunuh, dan mempertahankan anak gadis yang menj adi sasaran tahanan oleh tentera Jepun.

Bulan bersama-sama adiknya Kasih dan sahabatnya Sui Li juga ditangkap dan dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun demi memuaskan nafsu.

Semasa Bulan berjuang untuk terus hidup, muncul seorang leftenan muda, Miura yang ditugaskan ke markas kuasa Kuzawa dengan membawa etika ketenteraan lebih profesional dan menolak nilai keganasan penderaan terhadap penduduk yang dijajah.

Miura juga seorang yang terpelajar dan telah mengkaji dan mengenali bahasa dan budaya penduduk Tanah Melayu sebelum datang bertugas.

Apabila Miura melihat begitu banyak kekejaman yang berlaku, dia tidak sefahaman dan menentang cara Kuzawa.

Miura juga mengenali kekuatan gadis bernama Bulan ini yang baginya luar biasa bagaimana semangat penduduk di situ dengan Bulan sebagai lambangnya kentalnya hati mereka mahu bebas dari kekejaman dan penjajahan.

Filem Pagari Bulan Di Pawagam

Filem Pagari Bulan Di Pawagam

Post a Comment

0 Comments