Filem Memburu Ditayangkan Di Astro First (Tiada Siapa Yang Terlepas)

Filem Memburu Ditayangkan Di Astro First (Tiada Siapa Yang Terlepas)

Kita bakal dapat saksikan lakonan Puteri Sarah yang memegang watak antagonis dalam filem Memburu, Tiada Siapa Yang Terlepas di pawagam rumah anda Astro First bermula 19 Oktober 2023.

Filem seram thriller ini merupakan idea asal dan penulis skrip daripada Jaafar Taib, diarahkan oleh SK dan diterbitkan menerusi BR-V Immortal Production.

Table of Contents

Memburu

Tayangan : Astro First
Tarikh : Mulai 19 Oktober 2023
Idea Asal : Jaafar Taib
Penulis Skrip : Jaafar Taib
Pengarah : SK
Produksi : BR-V Immortal Production

Filem Memburu Ditayangkan Di Astro First

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam filem Memburu ini ialah Fauzi Nawawi, Shah Iskandar, Puteri Sarah, Soffi Jikan, Serra Kamal, Cathy Ikh dan ramai lagi.

  • Fauzi Nawawi sebagai Ridzuan
  • Shah Iskandar sebagai Dr. Hanif
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Dr. Azizah
  • Soffi Jikan sebagai Bomoh
  • Serra Kamal sebagai Mastura
  • Cathy Ikhwan sebagai Anggun

Sinopsis Filem Memburu

Filem Memburu mengisahkan kisah tragik Ridzuan, seorang ayah yang sanggup melakukan apa saja demi melindungi anaknya.

Namun, dalam situasi putus asa, Ridzuan membuat keputusan yang salah yang akhirnya meruntuhkan dirinya dan impian anak kesayangannya.

Sementara itu, seorang gadis yang malang dikorbankan sebelum dia dapat mewujudkan hajat ibunya.

Di sisi lain, seorang doktor yang tamak melihat peluang untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit, tanpa menghiraukan akibatnya.

Filem ini menggambarkan keegoisan dan keserakahan yang membawa kepada perbuatan kejam.

Bagaimana tindakan-tindakan ini membawa kepada pembunuhan kejam seorang gadis miskin, dan bagaimana roh-roh yang terperangkap bangun dari persemadian untuk menuntut keadilan dan menghukum pengkhianat-pengkhianat yang terlibat dalam mautnya.

Ikuti kisah seterusnya dalam filem Memburu yang ditayangkan di Astro First mulai 19 Oktober 2023 dan sewa dengan harga RM15.00 untuk tontonan berulang-ulang selama 48 jam.

Memburu Ditayangkan Di Astro First

Post a Comment

0 Comments