Filem Geng Sakau vs Hantu Ting Tong Astro First

Filem Geng Sakau vs Hantu Ting Tong Astro First


Untuk anda yang stress dan ingin cari jalan keluar, mungkin anda boleh saksikan filem terbaru di Astro First ini berjudul Geng Sakau vs Hantu Ting Tong yang disiarkan mulai 5 Oktober 2023.

Ianya merupakan sebuah filem seram komedi arahan Wann Hafiz terbitan KRU Sudios dengan kerjasama Astro Shaw yang mengisahkan tentang sekumpulan pencuri yang diganggu makhluk ghaib.

Idea asal datang daripada Datuk Yusry Abdul Halim sendiri dimana ada banyak babak-babak yang mencuit hati dilakonkan oleh barisan pelakon seperti Bell Ngasri dan Shashic Lewan.

Jadi bagi anda yang ingin menontonnya nanti, boleh la sewa mulai hari Khamis ini dengan harga RM15.00 untuk tempoh 48 jam dengan tontonan secara berterusan.

Geng Sakau vs Hantu Ting Tong

Tayangan : Astro First 480
Tarikh : Mulai 5 Oktober 2023
Idea Asal : Datuk Yusry Abdul Halim
Penulis Skrip : Zara Yusrani dan Waan Hafiz
Pengarah : Waan Hafiz
Produksi : KRU Studios dan Astro Shaw

Filem Geng Sakau vs Hantu Ting Tong Astro First

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Kalau cerita lawak pastinya ada barisan pelakon komedi yang terlibat dan antaranya adalah Bell Ngasri, Shashic Lewan dan James Arokisamy.

Mereka dibantu oleh Nabila Razali, Chew Kin Wah, Aziz M. Osman, Chelsia Ng, Yassin Yahya dan ramai lagi yang terlibat.

  • Bell Ngasri sebagai Amir (Kapla)
  • Shashic Lewan seabgai Tam (Scammer)
  • James Arokisamy sebagai Balan (Hacker)
  • Nabila Razali sebagai Pah
  • Chew Kin Wah sebagai Uncle KK
  • Aziz M. Osman sebagai Pak Ajak
  • Chelsea Ng sebagai Liang Mui
  • Yassih Yahya sebagai Bomoh Siam

Sinopsis Filem Geng Sakau vs Hantu Ting Tong

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan penduduk flat Sri Jati yang menjadi kucar kacir apabila mereka menghadapi masalah mistik daripada makhluk ghaib dan kecurian parcel.

Gangguan ini bermula daripada sekumpulan 'penyakau' yang diketuai oleh Amir bersama rakan-rakannya iaitu Tam dan Balan mencuri bungkusan barangan penduduk setempat.

Tetapi pada satu hari, tanpa mereka sedari, mereka telah mencuri sebuah barang yang mengandungi sebuah batu permata yang telah lama hilang.

Disebabkan itulah, bermulalah gangguan makhluk mistik yang terus menghantui penghuni flat tersebut. Bagaimana agaknya mereka menghadapi gangguan ini pada akhirnya?

Filem Geng Sakau vs Hantu Ting Tong Astro First

Post a Comment

0 Comments