Filem Gemencheh Boys Berdasarkan Kisah Benar

Filem Gemencheh Boys Berdasarkan Kisah Benar

Siapa sangka bila seorang guru biasa yang bukan pemain kriket pun tetapi mampu melahirkan pelajar dan menjadi atlet kriket kebangsaan sehingga meriah kejuaraan di peringkat antarabangsa.

Itulah yang ditunjukkan oleh Cikgu Azman terhadap enam budak Felda yang digelar 'Enam Jahanam' seperti yang diceritakan dalam filem Gemencheh Boys yang merupakan adaptasi kisah sebenar.

Filem yang berlatarbelakangkan Negeri Sembilan arahan Jason Chong bersama Eric ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 26 Oktober 2023 sehingga seterusnya.

Table of Contents

Gemencheh Boys

Tayangan : Pawagam
Tarikh : 26 Oktober 2023
Penulis Skrip : Jason CHong
Pengarah : Jason Chong & Eric Ong
Produksi : Stories Of Live Pictures & Astro Shaw

Filem Gemencheh Boys

OST Filem

Tajuk : Siapa Kami
Penyanyi : W.A.R.I.S bersama David Koon, Andrew Lui dan Ronald Mok

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon yang membintangi filem Gemencheh Boys ini ialah Pekin, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Farah Ahmad, Zaidi Omar, Kamal Rezuan, Ieda Moin, Arumugam A/L Vedan dan ramai lagi.

Manakala enam pelakon kanak-kanak yang dipilih melalui sesi uji bakat untuk memegang tunggak utama tersebut ialah Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq.

  • Pekin Ibrahim sebagai Cikgu Azman
  • Aqil Yaya sebagai Shafiq
  • Syed Ahmad sebagai Rashid
  • Ayiet Harith sebagai Fauzi
  • Kimi Norais sebagai Amin
  • Izzue Deen sebagai Sukri
  • Amir Kuziq sebagai Azad

Sinopsis Filem Gemencheh Boys

Berdasarkan kisah benar Syafiq, Amin, Fauzi, Rashid, Azad dan Sukri ialah enam budak lelaki berusia 10 tahun yang tinggal di Bukit Rokan, Gemencheh digelar "enam jahanam" kerana sentiasa menimbulkan masalah.

Sama seperti kebanyakan orang sebelum mereka, budak-budak itu tidak mempunyai apa-apa untuk dicita-citakan dan masa depan nampaknya tidak begitu menjanjikan sehinggalah mereka bertemu dengan Cikgu Azman.

Ditugaskan oleh Guru Besar Sekolah untuk mengeluarkan budak-budak terbabit dalam masalah sosial dan menubuhkan pasukan kriket sekolah untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Dengan berbekalkan keringat tulang 4 kerat dan tiada ilmu dan kemahiran profesional untuk melatih pasukan tersebut. Cikgu Azman berjaya menubuhkan pasukan kriket untuk wakil Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara (SKBRU).

Akan tetapi pelbagai kekangan, masalah modal, peralatan kriket dan paling utama sokongan ibu bapa mengugat semangat mereka untuk berjaya.

Walaupun pelbagai halangan mereka bangkit setiap kali perlawanan dan berjaya menjadi Juara Negeri Sembilan. Impian mereka terus membara untuk menjadi pemain kebangsaan satu hari nanti.

Berjayakah mereka dipilih menjadi pemain kebangsaan? Saksikan Gemencheh Boys di pawagam berhampiran anda.

Filem Gemencheh Boys

Post a Comment

0 Comments