Drama Seloka Asmara Buat Kemboja Di TV1

Drama Seloka Asmara Buat Kemboja Di TV1

Jangan lupa saksikan drama Seloka Asmara Buat Kemboja mulai 17 Oktober 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.45 petang menerusi slot Seleksi Widuri di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Drama berepisod ini merupakan arahan Ejump Mohamad bersama Chi Azim, penulisan skrip serta idea asal daripada Abdul Nasir Abdul Khalil dan diterbitkan oleh Neraca Era Sdn. Bhd.

Table of Contents

Info Drama Seloka Asmara Buat Kemboja

Bersiaran : Slot Seleksi Widuri TV1
Tarikh : Mulai 17 Oktober 2023 (Isnin - Khamis)
Waktu : 6.45 Petang
Idea Asal : Abdul Nasir Abdul Khalil
Penulis Skrip : Abdul Nasir Abdul Khalil
Pengarah : Ejump Mohamad & Chi Azim
Produksi : Neraca Era Sdn. Bhd.

Drama Seloka Asmara Buat Kemboja Di TV1

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Julia Farhana Marin, Amir Nafis, Mior Hashim Manap, Susan Lankester, Khaliela, Zac Zaki, Darren Ngai, Zalfa Zin dan ramai lagi.

  • Julia Farhana Marin sebagai Kemboja
  • Amir Nafis sebagai Asyraf
  • Mior Hashim Manap sebagai Dato Meor Shariman
  • Susan Lankester sebagai Dahlia Estella
  • Khaliela sebagai Cempaka
  • Zac Zaki sebagai Teruna

Sinopsis Drama Seloka Asmara Buat Kemboja

Drama Seloka Asmara Buat Kemboja mengisahkan tentang Kemboja yang merupakan seorang pensyarah berkawan dengan Asyraf, seorang pemilik syarikat pengiklanan antarabangsa yang mementingkan Bahasa inggeris dan budayanya.

Asyraf ke rumah Kemboja untuk bertemu dengan keluarganya. Keluarga Kemboja kaya dengan budaya Melayu dalam kehidupan mereka.

Asyraf rasa kekok dan rasa dirinya telah diperbodohkan oleh keluarga Kemboja. Kemboja kecewa dengan Asyraf yang cepat mengalah.

Kemboja turut kecewa dengan ayahnya kerana tindakannya melayan Asyraf. Kemboja perang dingin dengan ayahnya. 

Dato Meor memberi peluang kedua pada Asyraf dengan syarat Asyraf perlu faham dan memahami bangsa Melayu dalam tempoh sebulan.

Kemboja membantu Asyraf untuk mengikuti kelas sejarah, budaya dan bahasa Melayu bersama profesor di universitinya.

Drama Seloka Asmara Buat Kemboja Di TV1

Post a Comment

0 Comments