Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf Di TV9

Saksikan telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf pada 11 September 2023, hari Isnin, pukul 8.30 malam di slot Skrin DI 9 di TV9 dan Tonton

Jangan lupa saksikan telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf pada 11 September 2023, bersiaran semula pada hari Isnin, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat JS Pictures, diarahkan oleh Azman Hj Yahya aka Jinggo dengan penulisan skrip daripada PGRs Team serta olahan Sheila Rusly.

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 11 September 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : PGRs Team dan Sheila Rusly
Pengarah : Azman Yahya (Jinggo)
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf Di TV9

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf seperti Zarul Husin, Elly Mazlein, Chacha Maembong, Rayyan dan ramai lagi.

  • Zarul Husin sebagai Razif
  • Elly Mazlein sebagai Rita
  • Chacha Maembong sebagai Rima
  • Rayyan sebagai Rafiq

Sinopsis Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf

Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf mengisahkan tentang kehidupan pasangan suami isteri iaitu Razif dan Rita Sarafina yang begiat aktif dalam industri muzik. Nama mereka gah dalam arena hiburan tanah air.

Razif ditugaskan untuk mencipta sebuah lagu berunsurkan keagamaan yang masih ada unsur rock dengan gabungan alunan irama nasyid untuk sebuah OST filem.

Dia mula bergaul dengan golongan alim ulama dan dalam masa yang sama dia juga tersentuh hati dengan skrip yang diterimanya.

Konflik bermula apabila dia mula nekad untuk berjihad dan meninggalkan segala harta dunia dan memulakan kehidupan baru di kampung.

Isteri dan anak-anaknya mula diabaikan dan tidak mendapat nafkah seperti yang sepatutnya. Sikapnya ini telah menyababkan anak-anaknya mula bergaul bebas dan isterinya semakin jauh.

Akhirnya dia tersedar bahawa kehidupan dunia ini, perlu diseimbangkan antara dunia dan akhirat.

Telefilem Dosa Yang Tak Diiktiraf Di TV9

LihatTutupKomentar
Cancel