Telefilem Bapak Tengoklah Nanti Di TV2

Saksikan telefilem Bapak Tengoklah Nanti pada 11 September 2023, hari Isnin, jam 9.00 malam di slot Drama On 2 di TV2 dan RTM Klik

Jangan lupa saksikan telefilem Bapak Tengoklah Nanti yang akan menemui penonton pada 11 September 2023, bersiaran pada hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem ini merupakan terbitan syarikat Cahata Sina Sdn. Bhd., diarahkan oleh Malek Rahman dengan penulisan skrip daripada Amy Nawari.

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 11 September 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Amy Nawari
Pengarah : Malek Rahman
Produksi : Cahaya Sina Sdn. Bhd.

Telefilem Bapak Tengoklah Nanti Di TV2

Barisan Pelakon & Watak Lakonan

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Bapak Tengoklah Nanti seperti Syazwan Zulkifly, Zaidi Omar, Jasmin Hamid, Jay Iswazir, Rahim Jailani dan ramai lagi.

  • Syazwan Zulkifly sebagai Rahmat
  • Zaidi Omar sebagai Pak Mail Kuyop
  • Jasmid Hamid sebagai Cik Melah
  • Jay Iswazir sebagai Fadzli
  • Rahim Jailani sebagai Datuk Hafiz

Sinopsis Telefilem Bapak Tengoklah Nanti

Telefilem Bapak Tengoklah Nanti mengisahkan tentang Rahmat iaitu seorang pemuda berusia 25 tahun yang amat manja dengan bapanya.

Akan tetapi, diusia tersebut, dia tidak bekerja dan menganggur sehinggakan bapanya hilang sabar dan menghalunya dari rumah. Rahmat hanya boleh pulang ke kampung selepas menjadi manusian yang berguna.

Disebabkan itu, Rahmat kini tekad untuk berubah dan menyahut cabaran bapanya serta berjanji akan membawa pulang kejayaan di masa akan datang.

Telefilem Bapak Tengoklah Nanti Di TV2

LihatTutupKomentar
Cancel