Tonton Drama Dara And The Gang Di TV3

Tonton Drama Dara And The Gang Di TV3

Drama Dara & The Gang bakal mengisi slot Sakura bermula 28 September 2023, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 6.00 petang yang disiarkan di TV3 dan secara online di www.tonton.com.my.

Drama bersiri 13 episod yang diinspirasikan daripada novel 'Dara Gangster And The Gangs' karya Amarilis Rahim ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zul Huzaimy dengan penulisan skrip daripada Dr. Mohd Shahremy.

Info Drama

Episod : 13
Tayangan : Slot Sakura di TV3
Tarikh : Mulai 28 September 2023 (Rabu & Khamis)
Penulis Skrip : Dr. Mohd Shahremy
Pengarah : Zul Huzaimy
Produksi : Wiranusa Corporation Sdn. Bhd.

Tonton Drama Dara And The Gang Di TV3

OST Drama

Judul Lagu : Cari-Cari Cinta
Artis : Puteri Khareeza dan Wanie Ooi
Komposer : Padi Muhammad Alif Zharfan
Lirik : ND Mohd Nasir Deraman

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam drama Dara & The Gang seperti Shasha Abedul, Erysha Emyra, Arena Wan, Chubb-E, Cat Farish, Enot, Apit Wan Lebo dan ramai lagi.

  • Shasha Abedul sebagai Dara
  • Erysha Emyra sebagai Busu
  • Arena Wan sebagai Bedah
  • Chubb-E sebagai Rizal
  • Apit Wan Lebo sebagai Wan Saari

Sinopsis Drama Dara & The Gang

Drama Dara & The Gang mengisahkan tentang kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung.

Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran 'Dara Gangster' yang diberikan oleh Wan Saari kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit.

Sejak insiden itu, nama 'Dara Gangster' terus melekat di mulut penduduk kampung!

Namun, kehadiran Rizal, seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan.

Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara.

Tonton Drama Dara And The Gang Di TV3

Post a Comment

0 Comments