Telefilem Tentang Ogos Sempena Kemerdekaan Lakonan Eman Manan Di TV2

Telefilem Tentang Ogos Sempena Kemerdekaan Lakonan Eman Manan Di TV2

Jangan lupa saksikan telefilem Tentang Ogos pada 28 Ogos 2023, bersiaran pada hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem khas yang dibawa sempena bulan Kemerdekaan ini merupakan terbitan syarikat Early Bird Productions Sdn. Bhd., diarahkan oleh Yus Yusop dengan penulisan skrip daripada Naza Manas.

Info Telefilem

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 28 Ogos 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Naza Manas
Pengarah : Yus Yusop
Produksi : Early Bird Productions Sdn. Bhd.

Telefilem Tentang Ogos

Barisan Pelakon & Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Tentang Ogos seperti Eman Manan, Syafie Naswip, Hilal Azman, Umar Al-Amsyar, Zack Zabhas, Ammar Bahri, Sri Idrina, Shahkimin, Siti Ruwiyani, Naque Ariffin dan ramai lagi.

  • Eman Manan sebagai Ismail
  • Syafie Naswip sebagai Ishak
  • Sri Idrina sebagai Misha

Sinopsis Telefilem Tentang Ogos

Telefilem Tentang Ogos mengisahkan tentang Ismail iaitu seorang bekas tentera masih dibayangi rutin tugasnya masuk hutan memburu komunis yang dianggapnya masih menjadi ancaman negara.

Disebabkan sikapnya tersebut yang dilakukan setiap hari sehingga beliau dianggap nyanyuk oleh orang kampung.

Namun kebiasaannya itu akhirnya memberi manfaat kepada penduduk kampung kerana Ismail berjaya membongkar sindiket menyeludup minyak bersubsidi.

Telefilem Tentang Ogos

Post a Comment

0 Comments