Telefilem Sesalan Terakhir Lakonan Sara Ali Dan Jasmin Hamid Di TV3

Telefilem Sesalan Terakhir Lakonan Sara Ali Dan Jasmin Hamid Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Sesalan Terakhir pada 25 Ogos 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat Kembara Sufi Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Dato' Jurey Latiff Rosli dengan penulisan skrip daripada Adza Emie dan N. E. Rossy.

Info Telefilem

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : TV3
Tarikh : 25 Ogos 2023 (Jumaat)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Adza Emie dan N. E Rossy
Pengarah : Dato' Jurey Latiff Rosli
Produksi : Kembara Sufi Production Sdn. Bhd.

Telefilem Sesalan Terakhir

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Sesalan Terakhir seperti Sara Ali, Jasmin Hamid, Faizal Hussein, Hafiz Nolan, Nor Azirah, Yus Waisar, Tieta Ennisa, Moon Ramlee, Maizatul dan ramai lagi.

  • Sara Ali sebagai Natasha
  • Jasmin Hamid sebagai Auni
  • Hafiz Nolan sebagai Ali
  • Faizal Hussein sebagai Tarmizi
  • Nor Azifah sebagai Maktok
  • Yus Waisar sebagai Wahid
  • Dato' Jurey Latiff Rosli sebagai Taiko
  • Moon Ramlee sebagai Aizat

Sinopsis Telefilem Sesalan Terakhir

Telefilem Sesalan Terakhir mengisahkan tentang Natasha yang merupakan seorang anak tidak sah taraf. Hidupnya tidak seperti orang lain.

Dia dipinggirkan orang kampung kerana sikap ibunya, Auni, yang sering menjalinkan hubungan dengan lelaki kaya kerana ingin memiliki kekayaan. Puas Natasha menasihati ibunya supaya kembali ke jalan yang benar.

Natasha rapat dengan Ali. Ali juga yang menjadi tempat dia meluahkan perasaan. Selepas neneknya meninggak dunia, Natasha dan ibunya terpaksa keluar dari rumah itu kerana bapa saudaranya ingin menjual rumah tersebut.

Dengan bantuan Ali, Natasha dan ibunya berhijrah ke Kuantan. Natasha bekerja di hotel yang sama dengan Ali.

Bermula sejarah silam apabila ibunya berkahwin dengan pengurus di hotel itu. Namun tidak seindah yang disangkakan, Natasha telah dirogol oleh bapa tirinya yang sebenarnya merupakan pengedar dadah terbesar

Telefilem Sesalan Terakhir

Post a Comment

0 Comments