Telefilem Purnama Lakonan Remy Ishak Sempena Bulan Kemerdekaan Di TV3

Telefilem Purnama Lakonan Remy Ishak Sempena Bulan Kemerdekaan Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Purnama pada 26 Ogos 2023, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerekarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan sempena bulan Kemerdekaan pada tahun 2017 ini merupakan terbitan syarikat Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Yeop Hitler dengan penulisan skrip daripada Syed Mohammad Taufik

Info Telefilem

Tayangan Asal : 2017
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 26 Ogos 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Syed Mohammad Taufik
Pengarah : Yeop Hitler
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

Telefilem Purnama Lakonan Remy Ishak

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Purnama seperti Remy Ishak, Azhan Rani, Kodi Rahseed, Eira Syazira, Zulkifli Ismail, Zainol Ismail dan ramai lagi.

  • Eira Syazira sebagai Purnama

Sinopsis Telefilem Purnama

Telefilem Purnama mengisahkan tentang keadaan Kampung Cenderang yang menerima ancaman komunis selama 14 hari.

Kisah bermula selepas Anum menjadi saksi pertama melihat mayat kakaknya, Salmah digantung di sebatang pokok tidak jauh dari kampung berkenaan.

Sejak kejadian itu, Anum menjadi kurang waras manakala abang iparnya, Taib sangat marah. Taib tidak berpuas hati dan merancang untuk bertemu dengan pegawai Melayu meminta kemerdekaan kampung mereka.

Kejadian itu menyebabkan Ketua Kampung, Haji Che Lah mengisytiharkan darurat.

Telefilem Purnama Lakonan Remy Ishak

Post a Comment

0 Comments