Telefilem Nana Dan Jam Atok Di TV3 Menampilkan Shukri Yahaya Dan Nabila Razali

Telefilem Nana Dan Jam Atok Di TV3 Menampilkan Shukri Yahaya Dan Nabila Razali

Malam jumaat ini anda akan disajikan kembali dengan sebuah naskah yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 iaitu telefilem Nana Dan Jam Atok.

Sebuah telefilem yang menampilkan barisan pelakon kanak-kanak disamping nama seperti Shukri Yahaya dan Nabila Razali sebagai teraju utama.

{tocify} $title={Table of Contents}

Telefilem Nana Dan Jam Atok

Sinopsis Telefilem Nana Dan Jam Atok

Telefilem Nana Dan Jam Atok mengisahkan tentang Nana dikenali sebagai seorang pelajar yang pemalas dan sering lewat ke sekolah. Alasan yang sering digunakan adalah jam di rumahnya rosak dan tidak berbunyi.

Disebabkan perkara tersebut, ayahnya menukar jam dibilik Nana dengan harapan ada perubahan. Suatu hari, sebelum Nana pulang ke Kuala Lumpur, atuknya telah menghadiahkannya sebuah jam antik yang telah merubah hidup Nana.

Disebabkan jam antik tersebut, masa bermainnya terasa sungguh singkat dan masa belajar semakin lama. Dia cuba untuk membuang jam itu tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Dia tidak mahukan jam tersebut berada di biliknya.

Pelbagai cara Nana cuba untuk menghapuskan jam itu sehingga menghadiahkan jam itu kepada Cikgu Liza sempena Hari Guru akan tetapi jam itu tetap kembali ke biliknya. Nana mula pasrah dan kehidupnya semakin berubah ke arah kebaikan. 

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam Telefilem Nana Dan Jam Atok seperti Nur Qistina Raisah, Shukri Yahaya, Nabila Razali, Hafizuddin Fazil, Shanie, Gen Darwish, Danish Hazriq, Ramli Salleh dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Nur Qistina Raisah sebagai Nana
  • Shukri Yahaya sebagai Samada
  • Nabila Razali sebagai Cikgu Liza
  • Hafizuddin Fazil sebagai Atok Karim
  • Shanie sebagai Kak Nani
  • Gen Darwish sebagai Mikael
  • Danish Hazriq sebagai Farish

Produksi & Pengarah

Naskah tahun 2019 ini merupakan arahan Emi Suffian, penulisan skrip daripada Anina Sahal dan diterbitkan oleh produksi Orangetree Production Sdn. Bhd.

Waktu Bersiaran

Jangan lupa saksikan telefilem Nana Dan Jam Atok pada 29 Disember 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my.

Info Penuh Telefilem

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : TV3
Tarikh : 29 Disember 2023 (Jumaat)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Anina Sahal
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Orangetree Production Sdn. Bhd.

Telefilem Nana Dan Jam Atok

Post a Comment

0 Comments