Telefilem Kapcai Ayah Lakonan Hasnul Rahmat Di TV9

Saksikan telefilem Kapcai Ayah pada 28 Ogos 2023, hari Isnin pukul 8.30 malam di slot Skrin Di 9 di TV9 dan online Tonton

Jangan lupa saksikan telefilem Kapcai Ayah pada 28 Ogos 2023, bersiaran semula pada hari Isnin, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat Raden Pictures Sdn. Bhd., diarahkan oleh Heykal Hanifah dengan penulisan skrip daripada Marziah Manaf.

Info Telefilem

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 28 Ogos 2023 (Isnin)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Marziah Manaf
Pengarah : Heykal Hanifah
Produksi : Raden Pictures Sdn. Bhd.

Telefilem Kapcai Ayah

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Kapcai Ayah seperti Hasnul Rahmat, Saharul Ridzwan, Marissa Yasmin, Hanna Aqeela, Harris Alif, Rahim Omar, Lydiawati, Airel Azmi Abd Rahman dan ramai lagi.

  • Hasnul Rahmat sebagai Jamil
  • Marissa Yasmin sebagai Imah
  • Saharul Ridzwan sebagai Haikal Aliff
  • Hanna Aqeela sebagai Ika
  • Rahim Omar sebagai Daud
  • Lydiawati sebagai Mariam

Sinopsis Telefilem Kapcai Ayah

Telefilem Kapcai Ayah mengisahkan tentang Haikal yang bangga dapat membonceng motosikal bersama ayahnya ketika dia masih kecil. Namun, perasaan itu mula hilang, walaupun motosikal itu masih menjadi pengangkutan tetap ayahnya.

Jamil sangat sayangkan motosikalnya walaupun luarannya sudah buruk. Baginya, dia akan menggunakan khidmat motornya itu selagi boleh. Haikal yang semakin dewasa mula lupa akan jasa motosikal itu kepadanya, dan berasa malu sekiranya Jamil menunggang motosikal tersebut.

Akhirnya, Haikal sedar bahawa motosikal tersebut yang menjadi penyelamat hidup ketika dia berada di saat genting.

Telefilem Kapcai Ayah

LihatTutupKomentar
Cancel