Telefilem Jodoh Wassap Lakonan Ardell Aryana Dan Nadzmi Adhwa Di TV9

Telefilem Jodoh Wassap Lakonan Ardell Aryana Dan Nadzmi Adhwa Di TV9

Jangan lupa saksikan telefilem Jodoh Wassap pada 25 Ogos 2023, bersiaran semula pada hari Jumaat, pukul 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat Ansar Creative Media Sdn. Bhd., diarahkan oleh Khalid Nadzri dengan penulisan skrip daripada Ziera Aziz.

Info Telefilem

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Skrin Di 9 di TV9
Tarikh : 25 Ogos 2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 Malam
Penulis Skrip : Ziera Aziz
Pengarah : Khalid Nadzri
Produksi : Ansar Creative Media Sdn. Bhd.

Telefilem Jodoh Wassap

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan antara barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Jodoh Wassap seperti Kazar Saisi, Ardell Aryana, Elly Mazlein, Didie Alias, Nadzmi Adhwa, Badrul Muhayat, Farra Queen dan ramai lagi.

  • Kazar Saisi sebagai Pak Ali
  • Elly Mazlein sebagai Martina
  • Ardell Aryana sebagai Angah
  • Nadzmi Adhwa sebagai Along
  • Didie Alias sebagai Mak Echah

Sinopsis Telefilem Jodoh Wassap

Telefilem Jodoh Wassap mengisahkan tentang Pak Ali yang mula berjinak-jinak dengan aplikasi Whatsapp selepas anaknya menghadiahkan telefon pintar bagi mengisi masa lapang sejak kematian isterinya, Bonda Mar.

Namun sejak selepas memiliki smartphone tersebut, Pak Ali banyak sertai group whatsapp rakan-rakan sekolah lama. Melalui group whatsapp Pak Ali telah berkenalan dengan Martina, gadis kacukan. Pak Ali mula mengambil berat tentang Martina.

Telefilem Jodoh Wassap

Post a Comment

0 Comments