Telefilem Ini Harta Bedu Punya Lakonan Aprena Manrose Dan Ashraf Muslim Di TV3

Telefilem Ini Harta Bedu Punya Lakonan Aprena Manrose Dan Ashraf Muslim Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Ini Harta Bedu Punya pada 19 Ogos 2023, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 2.00 petang menerusi slot Cereka Pilihan di TV3 atau boleh juga strim secara online di www.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat Creative Skill Solution Sdn. Bhd., diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dengan penulisan skrip daripada Wan Saiful Shahrizan.

Info Telefilem

Tayangan Asal : 2019
Bersiaran : Slot Cereka Pilihan TV3
Tarikh : 19 Ogos 2023 (Sabtu)
Masa : 2.00 Petang
Idea Asal : Nieza Nahar
Penulis Skrip : Wan Saiful Shahrizan
Pengarah : Nazir Jamaluddin
Produksi : Creative Skill Solution

Telefilem Ini Harta Bedu Punya Di TV3

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Ini Harga Bedu Punya seperti Iskandar Syahidan, Ashraf Muslim, Aprena Manrose, Emelda Rosmila, Fahrin Ahmad, Dhia Ly, Serisya Hanim, Jesse Lim dan ramai lagi.

  • Iskandar Syahidan sebagai Bedu
  • Ashraf Muslim sebagai Sadiq
  • Aprena Manrose sebagai Minah Geragau
  • Emelda Rosmila sebagai Thalia
  • Fahrin Ahmad sebagai Azrif

Sinopsis Telefilem Ini Harta Bedu Punya

Telefilem Ini Harta Bedu Punya mengisahkan tentang seorang anak yatim bernama Bedu mempertahankan tanah pusaka ayahnya daripada dirampas oleh ayah saudaranya, Pak Longnya sendiri iaitu Sadiq.

Pak Long beserta isterinya, Minah Geragau berusaha sedaya upaya untuk meyakinkan ibu Bedu iaitu Thalia supaya menandatangani perjanjian pindah milik tanah pusaka kepadanya untuk dijual kepada Tauke Tan.

Pak Long sudahpun mendapat bayaran deposit bernilai RM10 ribu bagi pembelian tanah pusaka namun tanah tersebut belum dipindah milik ke atas namanya. Beberapa hari keesokannya, isteri Pak Long diculik oleh orang bawahan Tauke Tan kerana masih belum mendapat tanah tersebut.

Telefilem Ini Harta Bedu Punya Di TV3

Post a Comment

0 Comments