Telefilem Gergasi Sempena Hari Kebangsaan Di TV2

Telefilem Gergasi Sempena Hari Kebangsaan Di TV2

Jangan lupa saksikan telefilem Gergasi pada 21 Ogos 2023, bersiaran pada hari Isnin, pukul 9.00 malam menerusi slot Drama On 2 di TV2 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang dibawakan khas sempena Hari Kebangsaan ini merupakan terbitan syarikat Matahari Emas Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Nizam Nolan.

Info Telefilem

Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 21 Ogos 2023 (Isnin)
Masa : 9.00 Malam
Idea Asal : Nizam Nolan
Pengarah : Nizam Nolan
Produksi : Matahari Emas Sdn. Bhd.

Telefilem Gergasi Di TV2

Barisan Pelakon Dan Watak

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Gergasi seperti Afiq Muiz, Zaidi Omar, Risteena Munim, Annie Mosha, Fad Anuar, Chuojasni dan ramai lagi.

  • Afiq Muiz sebagai Ajak

Sinopsis Telefilem Gergasi

Telefilem Gergasi mengisahkan tentang seorang anak muda bernama Ajak yang mempunyai sebuah kedai menjahit pakaian. Pada suatu hari, dia menerima tempahan untuk menjahit sebuah bendera Malaysia bersaiz gergasi.

Sejak daripada itulah, dia mengharungi pelbagai masalah ketika dia cuba untuk menyiapkan tugasan tersebut demi menghasilkan sebuah bendera Jalur Gemilang kebanggaanya tersebut.

Post a Comment

0 Comments