Drama One Million Dollar Voice Yang Diilhamkan Dari Kisah Benar Di Astro Ria

Saksikan drama One Million Dollar Voice mulai 28 Ogos 2023, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di Astro Ria 104 dan Astro Go

Menyusuli Budak Hostel Otaknya Sewel, drama One Million Dollar Voice akan mengisi slot Megadrama bermula 28 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di saluran Astro Ria dan secara online di Astro Go.

Drama bersiri 24 episod yang memaparkan disebalik tabir program realiti nyanyian One Million Dollar Voice (1MDV) ini merupakan terbitan syarikat Juita Viden Sdn. Bhd. yang mana diarahkan oleh Michael Ang.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Emma Maembong, Amelia Henderson, Ben Amir, Lah Ahmad, Roy Azman, Datin Nina Juren, Sean Lee dan Zarul Umbrellah.

Bukan itu sahaja, nama-nama lain juga terlibat antaranya Naufal Azrin, Uriah SK, Neeta Manisha, Bee Aishah, Ezra Kairo, Tracie Sinidol, Lyla Sania dan ramai lagi.

Info Drama

Episod : 24
Tayangan : Slot Megadrama di Astro Ria
Tarikh : Mulai 28 Ogos 2023 (Isnin - Khamis)
Masa : 10.00 Malam
Pengarah : Michael Ang
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.

Drama One Million Dollar Voice

Sinopsi Drama One Million Dollar Voice

Drama One Million Dollar Voice mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.

Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang dilakonkan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun.

Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta.

Antaranya Ali yang dimainkan oleh Ben Amir yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis.

Manakala Zana yang dilakonkan oleh Amelia Henderson ingin membebaskan dirinya daripada dibelenggu oleh kisah silamnya sebagai seorang pekerja seks dengan bertekad untuk memenangi wang tunai tersebut.

Joe yang dimainkan oleh Lah Ahmad perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya. Begitulah kisah-kisah yang bakal menyulami naratif 'One Million Dollar Voice' kelak. 

Drama One Million Dollar Voice

Drama One Million Dollar Voice

LihatTutupKomentar
Cancel