Drama Gadis Muzikal Lakonan Di TV3

Drama Gadis Muzikal Lakonan Di TV3

Menyusuli Keria Women, Gadis Muzikal akan mengisi slot Lestary bermula 17 Ogos 2023, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam yang disiarkan di TV3 dan secara online di www.tonton.com.my

Drama bersiri 13 episod ini merupakan terbitan syarikat Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Kyoll Hamzah dengan penulisan skrip daripada Irwan Mansor.

Naskah ini menmpilkan barisan pelakon seperti Serene Claire, Fiza Thomas, Khodi, Tika Nasir, Aisha Retno sebagai teraju utama.

Mereka dibantu oleh Hafeez Adam, Mark Adam, Rahmad Mega, Azza Elite, Ani Maiyuni, Nadia Kesuma, Fauziah Latiff, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi.

Info Drama

Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3
Tarikh : Mulai 17 Ogos 2023 (Khamis - Sabtu)
Waktu : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Irwan Mansor
Pengarah : Kyoll Hamzah
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Drama Gadis Muzikal Lakonan Di TV3

Sinopsis Drama Gadiz Muzikal

Drama Gadis Muzikal mengisahkan tentang perjuangan lima gadis berkumpulan yang bergelar 'Angelz' yang mana mereka mempunyai latar belakang berlainan, berjuang untuk mencapai impian mereka menjadi penyanyi terkenal.

Shikin (Khodi), Aifa (Tika Nasir), Una (Fiza Thomas), Lulu (Serena Claite) dan Melly (Aisha Retno) masing-masing datang daripada latar belakang yang berbeza dan mereka juga mempunyai bakat yang berlainan. Mereka bermula dengan menyertai sebuah program realiti secara mya.

Setelah dinilai oleh Miss Jay (Fauziah Ahmad Daud) dalam sesi uji bakat, mereka berlima telah terpilih untuk menyertai program realiti ini, lalu mereka berlima telah ditempatkan di satu rumah banglo serta diasing daripada orang ramai.

Drama Gadis Muzikal Lakonan Di TV3

Demi memastikan program realiti itu mendapat rating yang tinggi, mereka berlima diberikan tugas dan misi yang berbeza setiap minggu. Namun begitu, pencapaian pada minggu pertama tidak memuaskan hati bagi syarikat yang bertanggungjawab.

Oleh yang demikian, dia ketua pegawai eksekutif, Azman (Mark Adam) telah mengarahkan Miss Jay, Kurt dan Ben untuk permainan bagi program tersebut demi menaikkan rating sekali gus mendapat tempat bagi para penonton.

Antara permainan yang diatur adalah perubahan karakter dimana Una, Lulu dan Melly perlu menjadi pembuli terhadap Syikin dan Aifa. Disebabkan itu, rating program tersebut naik seperti yang diingikan berlaku.

Namun. Una tidak tahan lagi dengan situasi di banglo tersebut. Dia telah menarik diri. Hal ini memaksa Miss Jay, Kurt dan Ben untuk memujuknya. Apakah lagi yang bakal berlaku dalam pencatian trio terbaik dalam program ini?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Gadis Muzikal bermula 17 Ogos 2023, setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary TV3 dan penstriman online Tonton.

Drama Gadis Muzikal Lakonan Di TV3

Post a Comment

0 Comments