Drama BARISTA Misi Terpaling Sulit Lakonan Sherry Alhadad Dan Kamal Adli Di Astro Ria

Drama BARISTA Misi Terpaling Sulit Lakonan Sherry Alhadad Dan Kamal Adli Di Astro Ria

Menyusuli Persepsi, BARISTA Misi Terpaling Sulit akan ditayangkan bermula 24 Ogos 2023, setiap hari Khamis, pukul 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 atau boleh juga strim secara online di astrogo.astro.com.my.

Drama bersiri Gempak Original 10 episod ini merupakan terbitan syarikat Arie Zaharie Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Norhanisham Muhammad (Labu) dengan penulisan skrip daripada Sham Hashim.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Sherry Alhadad, Kamal Adli, Nadia Brian, Emelda Rosemila, Fauzi Nawawi, Khir Rahman, Luqman Hafidz, Mek Yun, Zarul Husin, Arie Zaharie, Aziz M. Osman dan ramai lagi.

Info Drama

Episod : 10
Tayangan : Gempak Original di Astro Ria
Masa : 11.00 Malam
Penulis Skrip : Sham Hashim
Pengarah : Norhanisham Muhammad (Labu)
Produksi : Arie Zaharie Production Sdn. Bhd.

Drama BARISTA Misi Terpaling Sulit

Sinopsis Drama BARISTA Misi Terpaling Sulit

Drama BARISTA Misi Terpaling Sulit mengisahkan tentang sebuah agensi perisikan Andorsia yang dikenali dengan nama B.A.R.I.S.T.A (BADAN ANTI RADICAL INSURGENT TERORIS ANDORSIA).

Mereka berfungsi dalam mengerjakan misi-misi perisikan, anti-pengganas dan penyiasatan antarabangsa. Mereka kini mempunyai misi untuk menghapuskan KURAP (KUMPULAN RADIKAL PEMISAH ANDORSIA SELATAN) yang ingin mengancam Andorsia.

Ketika menjalankan misi tersebut, Ejen K (Nadia Brian) telah diculik oleh sekumpulan pengganas yang ingin mengecam agensi perisikan mereka.

Untuk menyelamatkan Ejen K, Ejen M (Sherry Alhadad) yang dikenali sebagai legend spy dan Ejen Gee (Kamal Adli), seorang penganalisis IT yang nerd dipilih untuk menyelesaikan penyiasatan sulit ini. Namun dalam menyelesaikan misi ini, mereka menemui konspirasi lain yang lebih mengejutkan.

Drama BARISTA Misi Terpaling Sulit

Post a Comment

0 Comments