Drama Bang Maznah Datang Lakonan Fasha Sandha Di Awesome TV

Drama Bang Maznah Datang Lakonan Fasha Sandha Di Awesome TV

Drama Bang Maznah Datang akan mengisi slot Seramedi bermula 10 Ogos 2023, setiap hari Khamis, pukul 10.30 malam menerusi Awesome TV saluran Astro 123 dan myfreeview 112.

Drama bersiri 13 episod ini merupakan terbitan Country & Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Hashim Rejab dengan penulisan skrip daripada Sofia J.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Hariz Hamdan, Azhan Rani, Zaidi Omar, Bell Ngasri, Nadia Mustafar, Nissa Rissa Isa dan ramai lagi.

Info Drama

Episod : 13
Tayangan : Slot Seramedi di Awesome TV
Tarikh : Mulai 10 Ogos 2023 (Setiap Khamis)
Waktu : 10.30 Malam
Penulis Skrip : Sofia J.
Pengarah : Hashim Rejab
Produksi : Country & Universal Sdn. Bhd.

drama bang maznah datang

Sinopsis Drama Bang Maznah Datang

Drama Bang Maznah Datang mengisahkan tentang sebuah kampung iaitu Berangan Tak Sudah yang dilanda musibah dan menjadi fenomena yang tidak dijangka.

Penduduk dikejutkan dengan kehadiran Maznah (Fasha Sandha) yang muncul secara tiba-tiba dan tak tahu asal usulnya. Dia memburu suami-suami di kampung tersebut.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Bang Maznah Datang bermula 10 Ogos 2023, setiap hari Khamis, jam 10.30 malam menerusi slot Seramedi di Awesome TV.

drama bang maznah datang

Post a Comment

0 Comments