Drama Aku Yang Kau Sakiti Lakonan Rita Nadira Dan Redza Rosli Di TV3

Saksikan drama Aku Yang Kau Sakiti mulai 1 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Samarinda TV3 dan iQIYI

Menyusuli Obsesi Dia, Aku Yang Kau Sakiti akan mengisi slot Samarinda bermula 1 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di TV3 dan www.tonton.com.my.

Selain itu, ianya juga turut dibawakan secara striming menerusi platform web dan aplikasi iQIYI sejam selepas siaran tv untuk pelanggan VIP dan orang ramai dapat menonton secara percuma selepas 48 jam.

Drama bersiri 20 episod ini merupakan terbitan Saphire Screen Sdn. Bhd., diarahkan oleh Riza Baharudin dengan penulisan skrip daripada Farhana Fauri.

Naskah ini menampilkan barisan pelakon popular Malaysia seperti Redza Rosli, Rita Nadira, Zamarul Hisham, Fify Azmi, Syazwan Zulkifly, Natasya Mahyan, Aleza Shadan, Jasmin Hamid dan rami lagi.

Info Drama

Episod : 20
Tayangan : Slot Samarinda TV3 dan iQIYI
Tarikh : Mulai 1 Ogos 2023 (Isnin - Khamis)
Waktu : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Pengarah : Riza Baharudin
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.

Drama Aku Yang Kau Sakiti Di TV3

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Sakiti

Aku Yang Sakiti mengisahkan tentang seorang gadis bernama Amanda (Rita Nadira) iaitu seorang anak yatim piatu selepas kematian ayahnya, Tuan Daniel yang dibunuh oleh sindiket along.

Dia kemudiannya telah dijaga oleh Tuan Zaki (Zamarul Hisham) iaitu bapa kepada rakan baiknya, Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki telah melayan Amanda seperti anaknya sendiri.

Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna.

Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella. Amanda juga mempunyai misinya yang tersendiri.

Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaannya hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang.

Namun, Rykal (Redza Rosli) yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Aku Yang Kau Sakiti bermula 1 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3 dan perkhidmatan penstriman iQIYI.

Drama Aku Yang Kau Sakiti Di TV3

LihatTutupKomentar
Cancel