Telefilem Opah Jangan Lupa Lakonan Kamalia Mat Dom Di TV1

Telefilem Opah Jangan Lupa Lakonan Kamalia Mat Dom Di TV1

Jangan lupa saksikan telefilem Opah Jangan Lupa pada 1 Julai 2023, bersiaran pada hari Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Panggung RTM di TV1 atau boleh juga strim secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Telefilem yang dibawakan khas sempena Hari Raya Aidiladha ini merupakan terbitan syarikat Aquila Emas Sdn. Bhd., diarhakan oleh Zizan Nin dengan penulisan skrip daripada Abd Nasir Khalil.

Tayangan : Slot Panggung RTM di TV1
Tarikh : 1 Julai 2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 Malam
Penulis Skrip : Abd Nasir Khalil
Pengarah : Zizan Nin
Produksi : Aquila Emas Sdn. Bhd.

Telefilem Opah Jangan Lupa di TV1

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon telefilem Opah Jangan Lupa seperti Kamaliah Mat Dom, Zzal Hamzah, Kween Keela, Erry Zukhairi, Amyza Aznan, Raden, Royadi Madada dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Kamaliah Mat Dom sebagai Opah
  • Zzal Hamzah sebagai Mikail
  • Amyza Aznan sebagai Marissa
  • Kween Keela sebagai Zalikha

Sinopsis Telefilem Opah Jangan Lupa

Telefilem Opah Jangan Lupa mengisahkan tentang Mikail telah digantung semester oleh pihak universiti. Ibubapanya, Rusdi dan Marissa telah mendenda Mikail dengan menghantarnya ke kampung tinggal bersama Opah.

Di kampung Mikail berkawan dengan Zalikha. Mikail perasan Opahnya selalu terlupa. Zalikha merasakan yang Opah tidak sakit sebaliknya trauma pada perkara silam.

Opah selalu sebut nama Arman dan sara. Ibu bapa Mikail telah memberitahu perkara sebenar pada Mikail tentang Arman dan Sara. Rusdi dan Marissa terpaksa rahsiakan kisah sebenar supaya tidak mahu Opah kemurungan.

Telefilem Opah Jangan Lupa di TV1

Post a Comment

0 Comments