Telefilem Ketika Daun Berzikir Lakonan Zamarul Hisham Dan Naim Daniel Di TV3

Telefilem Ketika Daun Berzikir Lakonan Zamarul Hisham Dan Naim Daniel Di TV3

Jangan lupa saksikan telefilem Ketika Daun Berzikir pada 1 Julai 2023, bersiaran semula pada hari Sabtu, pukul 10.00 malam menerusi slot Cerakarama di TV3 atau boleh juga strim secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem yang pernah ditayangkan pada tahun 2016 ini merupakan terbitan syarikat Enuja Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Murali Abdullah dengan penulisan skrip daripada Didi Wahida Rosdi.

Tayangan Asal : 2016
Bersiaran : Slot Cerekarama di TV3
Tarikh : 1 Julai 2023 (Sabtu)
Masa : 10.00 Malam
Penulis Skrip : Didi Wahida Rosdi
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Enuja Production Sdn. Bhd.

Telefilem Ketika Daun Berzikir di TV3

Barisan Pelakon

Berikut merupakan barisan pelakon yang terlibat dalam telefilem Ketika Daun Berzikir seperti Razak Ahmad, Zamarul Hisham, Nazeera Sardi, Naim Daniel, Acong Sweetchild, Zarina Zainuddin, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

Watak Lakonan

  • Razak Ahmad sebagai Muzir
  • Zamarul Hisham sebagai Farid
  • Nazeera Saidi sebagai Tasha
  • Naim Daniel sebagai Ali
  • Nafiz Muaz sebagai Asyraf

Sinopsis Telefilem Ketika Daun Berzikir

Telefilem Katika Daun Berzikir mengisahkan tentang kehidupan Pak Muzir selepas kematian isterinya. Dia ketika itu juga kecewa dengan kedua-dua anaknya, Farid dan Asyraf yang langsung tidak mempunyai perasaan ketika ibunya meninggal dunia.

Sejak dari itu, Muzir nekad berhijrah ke bandar untuk berdakwah kepada anak-anaknya sendiri setelah mereka leka dengan duniawi mengejar harta dan pangkat. Dalam pada itu juga, Muzir juga membeli beberapa barangan ibadah kerana keperluan ibadah di rumah Farid dan Asyraf serba tidak lengkap.

Dengan kehadiran Muzir sebenarnya tidak disenangi oleh menantunya Tasha yang selalu menyindi Muzir. Kemudian Muzir berkenalan dengan Ali iaitu seorang bekas banduan.

Adakah akhirnya Muzir berjaya membentuk anak-anaknya kembali? Dan siapakah sebenarnya Ali yang tiba-tiba muncul dalam kehidupana mereka?

Telefilem Ketika Daun Berzikir di TV3

Post a Comment

0 Comments